Related Stories
Hot And Flawless! Ini Tip Solekan Kekal Cantik Dalam Cuaca Panas
Cuaca panas dan lembap kadangkala boleh jadi musuh nombor satu bagi solekan kita. Bayangkan anda baru sahaja keluar rumah, tiba-tiba foundation tampak luntur, dan perona pipi semakin pudar. Kadang-kadang peluh juga boleh membuatkan solekan kelihatan bercapuk dan mood cantik akan terus terganggu.
Walaupun begitu, jangan risau! Terdapat pelbagai cara untuk memastikan solekan kekal cantik, segar dan tahan lama sepanjang hari meskipun cuaca panas. Wajah yang tampak berseri bersama tatarias yang halus dan tersusun bukan sahaja memberikan penampilan yang menawan, tetapi juga meningkatkan keyakinan si pemakai dalam setiap langkah dan aktiviti harian. Cahaya mentari yang terang bukan lagi musuh, kerana dengan teknik yang betul dan pemilihan produk yang sesuai, solekan dapat mengekalkan kecerahan, kesegaran dan kesempurnaannya. GLAM kongsi tip untuk menjadikan solekan kekal cantik walaupun cuaca panas terik menyerang.
Ini Tip Mudah Untuk Solekan Kekal Lama!
1. Mulakan dengan kulit bersih dan lembap

Solekan yang tahan lama bermula daripada kulit yang sihat dan lembap. Cuci muka anda dengan pembersih muka, kemudian sapu pelembap ringan yang cepat meresap. Pilih pelembap berasaskan gel atau water-based supaya kulit tidak terasa berat, tapi cukup hidrat untuk solekan yang tahan lama.
2. Gunakan primer sebelum bedak asas

Primer adalah salah satu langkah extra untuk memastikan solekan kekal cantik dan tidak bercapuk. Ia berfungsi sebagai lapisan pelindung antara kulit dan solekan yang membantu bedak asas anda untuk tahan lebih lama, serta mengurangkan minyak yang berlebihan. Ketika cuaca panas, pilih primer mattifying atau oil-control agar solekan tidak cepat cair.
3. Pilih produk long-lasting

Bedak asas, concealer, dan gincu yang tahan lama adalah kunci untuk solekan yang kekal lama. Cari label seperti long-wear, waterproof, atau smudge-proof. Produk jenis ini biasanya mempunyai formula dan bahan yang membantu membuatkan hasil solekan kelihatan smooth dan tiada kesan capuk. Ia tetap memberikan coverage di kulit dengan cantik dan paling penting, tahan peluh dan panas.
4. Lapisan tipis dan teknik ‘set and go’

Sapuan tebal tidak selalu lebih efektif. Anda boleh gunakan lapisan tipis bedak asas, kemudian sempurnakan dengan bedak tabur. Sebagai sentuhan akhir, semburkan setting spray supaya semua lapisan solekan tetap melekat dan tampak flawless. Teknik “set & go” ini membantu solekan lebih natural dan kekal lama.
5. Simpan produk kecil untuk touch-up ringan

Anda boleh bawa beberapa produk mini dalam tas tangan untuk menjadi penyelamat sebenar. Contohnya, mini powder untuk sapuan nipis di T-zone wajah, gincu kecil untuk sentuhan warna semula pada bibir, dan blotting paper untuk serap lebihan minyak tanpa merosakkan asas solekan anda. Langkah ini boleh menjanjikan penampilan yang kekal cantik di bawah sinaran matahari.
Artikel berkaitan: Rahsia Good Hair Days Setiap Hari? Kenali Teknologi LvPro
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
