Khasiat Bumi Kunyit Rawat Masalah Kulit
Shu Uemura Perkenal block:booster charged up – Rahsia Solekan Flawless
LUSH Malaysia Anjur Program Penuh Makna Bersama Club Med Bintan
3 Clean Product Pilihan GLAM Bulan Ini!
7 Cara Melapis Produk Penjagaan Kulit untuk Kesan Terbaik
Home > GLAM Heart > Projek Hijau > Cantik > 5 Pilihan Krim Mata Terbaik untuk Hilangkan Lingkaran Gelap

5 Pilihan Krim Mata Terbaik untuk Hilangkan Lingkaran Gelap

Lingkaran gelap di bawah mata sering menjadi masalah yang sukar dielakkan, sama ada disebabkan kurang tidur, tekanan atau faktor genetik. Namun, dengan pemilihan krim mata yang tepat, penampilan mata boleh tampak lebih segar, cerah dan terjaga.

GLAM kongsikan lima pilihan krim mata terbaik yang boleh membantu mengurangkan lingkaran gelap dan memberi nafas baharu pada rutin penjagaan kulit anda.

La Prairie White Caviar Light Infusion Eye Serum

Krim Mata Terbaik

Diformulasikan untuk menangani pelbagai jenis lingkaran gelap, dari tona kebiruan hingga ke kesan gelap dan berlekuk, serum mata ini tampil dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sahaja membantu mencerahkan, tetapi juga mengurangkan tanda keletihan di kawasan mata, menjadikan pandangan tampak lebih segar.

Dikuasakan oleh gabungan Exclusive Cellular Complex™, Caviar Micro-Nutrients dan molekul pencerah, formulanya membantu mempercepatkan pengurangan pigmentasi, mengawal penghasilan melanin berlebihan pada peringkat sel, serta menyokong pembentukan semula kolagen. Hasilnya, kawasan bawah mata tampak lebih licin, anjal dan cerah dengan struktur kulit yang kelihatan lebih muda dan bermaya

Estée Lauder Advanced Night Repair Eye Supercharged Gel-Creme

Pilihan klasik yang sering menjadi kegemaran ramai, krim mata ini membantu mengurangkan kesan keletihan, garis halus dan lingkaran gelap. Tekstur gel-krimnya ringan dan mudah menyerap, menjadikannya selesa digunakan siang dan malam.

Diperkaya dengan teknologi pembaikan menyeluruh, ia membantu menyokong proses pembaharuan kulit di sekitar mata, sekaligus menjadikan kawasan tersebut tampak lebih cerah, lembap dan terhidrasi. Dengan penggunaan berterusan, kulit di sekitar mata kelihatan lebih segar dan kurang kusam.

Kiehl’s Creamy Eye Treatment with Avocado

Krim mata ini memberikan kelembapan segera dan terbukti secara klinikal mampu melembutkan serta mencerahkan kawasan bawah mata selepas hanya sekali sapuan. Diformulasikan dengan Avocado Oil yang boleh diperbaharui, Beta-Carotene dan Shea Butter, ia membantu memperbaiki tekstur kulit di bawah mata serta garis halus kering sepanjang hari.

Krim ini juga menyegarkan kawasan mata yang letih akibat penggunaan peranti digital, menjadikan kulit bawah mata lebih licin, lembap dan terasa lebih segar dengan setiap sapuan.

The Ordinary Caffeine Solution 5% + EGCG

Serum mata berasaskan air ini dirumus khas untuk menangani lingkaran gelap dan mata yang kelihatan letih, sekaligus mencerahkan kawasan tersebut. Dengan kandungan 5% kafein dan EGCG (Epigallocatechin Gallatyl Glucoside), serum ini membantu mengurangkan masala mata puffy sementara EGCG menonjolkan kesan mencerah serta mengurangkan lingkaran gelap.

Teksturnya ringan dan mudah diserap, sesuai untuk rutin penjagaan kulit harian, menjadikan mata tampak lebih cerah.

Guerlain Abeille Royale Eye Cream

Krim mata ini dirumus khas untuk kawasan mata yang empat kali lebih halus berbanding wajah. Teksturnya diantara krim dan serum yang tidak terlalu pekat mahupun cair, ia melembapkan dan memberi sentuhan mewah pada kulit.

Dilengkapi teknologi berbilang paten, formula ini membantu mengurangkan pelbagai jenis kedutan seperti under-eye wrinkles, crow’s feet wrinkles, frown lines, dan juga kedutan di bahagian atas kelopak mata. Gabungan bahan aktif yang menegang dan mengukuhkan kulit serta duo asid hialuronik mewujudkan lapisan pelindung yang menegangkan dan menampakkan kulit lebih licin, cerah serta berseri.

Memilih krim mata yang sesuai bukan sahaja membantu mengurangkan lingkaran gelap, tetapi juga memastikan kawasan mata kekal lembap dan sihat. Dengan rutin yang konsisten, perubahan yang lebih segar dan cerah pasti dapat dilihat, menjadikan keseluruhan penampilan lebih terjaga dan berseri.

Artikel berkaitan: 5 Pilihan Wangian Floral Wanita Terbaik Musim Panas 2026