Mahkota Neon Alicia Keys!
GLAM Lebaran 2025: Wangian Sempena Aidilfitri Untuk Anda & Dia
4 Idea Solekan Berseri & Menawan Untuk Bridesmaid
Tranformasi Terbaru Selena Gomez Memberikan Aura Segar
GLAM Kongsi Cara Rawat Kulit Kepala Bermasalah
Home > Cantik > Cara Baru Untuk Lindungi dan Rawat Kulit Anda Setiap Hari

Cara Baru Untuk Lindungi dan Rawat Kulit Anda Setiap Hari

Dior Skin Essentials memperkenalkan inovasi UV dan penjagaan kulit yang mentakrif semula rutin kecantikan moden.

Dalam era di mana kesihatan kulit menjadi keutamaan, Dior sekali lagi mengangkat standard industri dengan pelancaran Dior Skin Essentials, sebuah rangkaian yang menggabungkan perlindungan, penjagaan dan kemewahan dalam satu rutin menyeluruh. Menjadi fokus utama, The Invisible UV Protectors tampil sebagai langkah esensial yang kini tidak boleh diabaikan.

Perlindungan UV Generasi Baharu

Direka untuk kesesuaian semua tona dan jenis kulit, Invisible UV Fluid dan Invisible UV Stick menawarkan perlindungan tinggi SPF 50+ PA++++ dengan hasil yang benar-benar tidak kelihatan. Invisible UV Fluid hadir dengan tekstur ringan dan menyegarkan, bebas kesan putih serta tidak melekit, menjadikannya sempurna untuk pemakaian harian, malah berfungsi sebagai asas solekan yang membantu mengekalkan ketahanan makeup.

Diperkaya dengan hyaluronic acid dan vitamin E, ia bukan sahaja melindungi daripada sinaran UV, malah menghidrat, menenangkan dan menguatkan lapisan perlindungan kulit, menjadikan kulit kelihatan lebih berseri dan sihat.

Sementara itu, Invisible UV Stick menawarkan penyelesaian praktikal untuk gaya hidup yang dinamik. Dengan tekstur krim yang halus, ia boleh digunakan semula pada bila-bila masa, termasuk di atas solekan, tanpa meninggalkan kesan berminyak. Diformulasi dengan blurring powder dan bahan aktif penjagaan kulit, ia membantu mengawal kilauan, memperhalus tekstur kulit, dan meminimumkan penampilan pori.

Ritual Pembersihan Yang Lebih Daripada Biasa

Melengkapkan rutin perlindungan harian ini adalah rangkaian OFF/ON Makeup Removers yang dihasilkan dengan formulasi berprestasi tinggi namun lembut pada kulit. L’Huile OFF/ON melarutkan solekan degil termasuk waterproof, longwear dan sisa pelindung matahari, meninggalkan kulit lebih lembut, licin dan seimbang. Le Biphase OFF/ON direka khas untuk kawasan sensitif di sekitar mata dan bibir, memastikan solekan degil hilang tanpa kesan kabur, sementara kelembapan kulit meningkat sehingga 81% selepas sebulan.

Untuk pembersihan menyeluruh, L’Eau Micellaire OFF/ON menangkap kotoran halus dan sisa solekan dalam satu langkah, meninggalkan kulit kelihatan lebih berisi, seimbang dan bercahaya. Diikuti dengan La Mousse OFF/ON, pembersih ikonik yang diperkaya dengan Nymphea cryo-extract dan niacinamide, kulit bebas daripada microparticles dan sisa solekan, tekstur kulit bertambah baik, dan wajah kelihatan lebih bersih dan berseri.

Le Baume Edisi Terhad

Menutup rutin penjagaan kulit harian, Le Baume Limited Edition adalah produk serba guna yang sangat berkesan untuk tangan, bibir, dan kawasan kering. Diperkaya dengan centella asiatica, squalane, jojoba oil, shea butter, dan hyaluronic acid, teksturnya yang kaya dan lembut membantu memperbaiki sepenuhnya lapisan pelindung kulit.

Pada 2026, Dior memperkenalkan tiga edisi terhad dengan rekaan Logomania dalam rona vivid pink, coral dan pastel lilac, menjadikannya bukan sahaja produk penjagaan kulit, tetapi juga aksesori kecantikan yang boleh dijadikan sebagai hadiah atau koleksi.

Artikel berkaitan: 5 Eyeshadow Palettes Untuk Bold Eye Makeup Yang Memukau