Ekspresikan Diri Bersama GBC & Gucci Beauty!
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioGLAM mencari 10 orang ahli GLAM Beauty Club, untuk mencipta kandungan yang meraikan gaya, imaginasi dan identiti kecantikan bersama Gucci Beauty.
Ini bukan sekadar tentang mencipta kandungan, tetapi tentang bagaimana anda mentafsir kecantikan dalam cara anda yang paling autentik. Sama ada anda gemar bereksperimen dengan warna, fokus pada solekan minimalis, atau suka berkongsi rutin harian di media sosial, inilah platform untuk anda menyerlah.
Peluang Eksklusif Bersama Gucci Beauty
Sebagai salah seorang daripada 10 individu terpilih, anda akan menerima produk Gucci Beauty bernilai RM1,500 untuk menghasilkan kandungan kreatif anda sendiri. Dari tutorial solekan, ulasan produk, sehinggalah interpretasi gaya peribadi, setiap idea anda menjadi sebahagian daripada naratif kecantikan yang lebih besar bersama Gucci Beauty.


Ini adalah peluang untuk anda bukan sahaja mencipta kandungan, tetapi juga membina suara dan perspektif anda dalam dunia kecantikan yang sentiasa berkembang.
Bawa Pulang Produk Tambahan Bernilai RM5,000!
Gucci Beauty meraikan individu yang berani bereksperimen dan tidak takut untuk mengekspresikan diri. Kolaborasi ini memberi ruang kepada kreativiti tanpa batasan, di mana setiap peserta boleh mentafsir kecantikan mengikut gaya masing masing.
Lebih menarik lagi, idea paling kreatif dan kandungan paling menonjol berpeluang memenangi produk Gucci Beauty bernilai RM5,000!
So what are you waiting for? Isi butiran peribadi anda melalui borang di bawah. Who knows? You might just be the next beauty influencer!
Penyertaan dibuka bermula 14 hingga 17 April 2026. Ahli yang terpilih akan dihubungi oleh pihak GLAM dalam masa terdekat.

Ini adalah masa untuk anda menampilkan kreativiti, berkongsi inspirasi, dan menjadi sebahagian daripada dunia Gucci Beauty yang penuh ekspresi dan gaya.
Artikel berkaitan: Rahsia Good Hair Days Setiap Hari? Kenali Teknologi LvPro
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
