Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioMasa membentuk Azira Shafinaz untuk memahami erti kesabaran membina kerjayanya.
Sejak kecil, jiwa seni sudah sebati dalam diri Azira Shafinaz, namun perjalanan menuju pentas muzik tidaklah bermula dengan mudah. Sebelum namanya dikenali ramai, Azira menghabiskan masa mudanya menjadi anggota kumpulan penari. Bersama rakan-rakannya merupakan penari dalam kumpulan Funky Fresh Family, dia pernah menjadi penari latar buat artis terkenal seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Stacy, Altimet dan SonaOne. Detik-detik inilah yang menempa semangat dan disiplinnya sebagai penghibur.

Jam tangan Omega Constellation bersama rekaan faset separa bulan yang ikonik.
Titik perubahan besar tiba pada tahun 2014. De Fam memuat naik video saduran “Black Widow” yang berjaya mencapai separuh juta tontonan di Facebook dan 100 ribu tontonan di YouTube dalam tempoh satu minggu sahaja. Kejayaan itu membuka pintu yang lebih luas dan menerusi lagu tersebut, De Fam berjaya menarik perhatian Adib Khalid yang menyunting mereka sebagai artis di bawah Tune Studios.
Masa telah membentuk saya untuk lebih memahami erti kesabaran. Jika dahulu saya sering memikirkan bagaimana untuk menonjolkan diri dan membuktikan sesuatu kepada umum agar lebih dikenali, kini fokus saya lebih tertumpu pada bakat yang dimiliki.
Pada tahun 2015, single pertama De Fam berjudul #Supergirls meraih lebih sejuta tontonan di YouTube hanya dalam tiga minggu selepas dimuatnaik, sekaligus melonjakkan nama Azira jugan De Fam ke puncak populariti. Lagu demi lagu menyusul seperti With You pada 2015 dan Bila Ada Kamu pada 2017 membuktikan konsistensi De Fam dalam industri hiburan tanah air. Pada tahun 2017, Azira melangkah lebih jauh dengan mengeluarkan lagu solo pertamanya bertajuk Bukan Cinta Malaikat, sebuah duet bersama Ryfell.

Jam tangan Omega Seamaster Aqua terra bersama dengan dail Atlantic Blue.
Kini, lebih sedekad selepas permulaannya, Azira Shafinaz terus aktif sebagai penyanyi dan turut mencuba nasib dalam dunia lakonan. Hsilnya cukup memberangsangkan kerana hasil lakonannya bukan sahaja dapat diterima oleh peminta filem. Malahan menjadi pilihan para juri sebagai pelakon terbaik.
Artikel Berkaitan
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Masa Terindah Ameera Khan Tatkala Beraya
Wanita Perintis Yang Menawan Langit: Kisah Berani ...
Cerita Masa di LVMH Watch Week 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
