fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
“I’m Back In The Game!” David Beckham, Buat Victoria ‘Thirsty’
Hailey Bieber Beri ‘Hint’ Trend Fesyen That Will Influence You!
GLAM kongsi Berlian Mewah Terbaik Untuk Anda Miliki
Fail Fesyen Anugerah Juara Lagu 35 #AJL35
Carey Mulligan, Aktres Yang Kian Hebat Selera Fesyennya
Home > Fesyen > Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”

Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”

Sexy, bold dan berkeyakinan menjadi sinonim dan inspirasi gaya Maddy Perez lakonan Alexa Demie di siri terkenal Euphoria musim terbaru yang menjadi obsesi dalam dunia fesyen dan media sosial. 

Watak Maddy Perez adalah salah satu contoh watak yang meninggalkan impak visual yang kuat terutamanya di dalam budaya pop masa kini, terutamanya dalam dunia fesyen dan kecantikan. Setiap penampilan dan gaya solekan yang sentiasa on point dalam setiap episod menjadi simbol estetika “femme fatale” dan obsesi generasi baharu.

Menerusi Wardrobe “Maddy Perez”

Tidak dinafikan, setiap episode yang menampilkan Maddy Perez akan menjadi bualan di media sosial kerana impak visual dan juga gaya ikonik yang menjadi ikutan ramai. Namun, watak Maddy Perez bukan lagi sekadar seorang pelajar sekolah, tetapi tampil dengan imej wanita korporat moden dengan estetika office siren. Yang menarik, setiap penampilan Maddy Perez adalah kerjasama antara Heidi Bivens dan Natasha Newman-Thomas.

Dalam salah satu episod terkini  Euphoria, Maddy perez dilihat mengenakan busana 2003 Roberto Cavalli Class Cheongsam yang mencuri perhatian ramai di setiap platform media sosial. Siluet feminin bersama perincian mewah itu dipadankan dengan gaya rambut daripada Kim Kible dan Marquita Lynch yang seksi dan elegan.

Selain itu, antara penampilannya yang mencuri perhatian adalah busana Vitage Red-Off-The-Shoulder Beaded Fringe Top bersama Pencil Skirt daripada koleksi Prada Fall/Winter 2017 Mohair Embellished. Setiap pemilihan pakaian bukan sahaja mencerminkan watak Maddy Perez yang strong malah memperlihatkan bagaimana fesyen menjadi medium ekspresi diri. Penampilan yang seksi dan elegan yang dipadankan dengan gaya rambut lepas beralun dan makeup look ala-ala 90-an menjadi salah satu penampilan ikonik beliau.

Makeup Look Ikonik Maddy Perez

Selain daripada pakaian Maddy Perez yang ikonik, makeup look Maddy Perez juga menjadi fenomena. Karya solekan yang diperhalusi oleh barisan makeup artist Donny Davy, Mararouse, dan Alexandra French yang berjaya mencipta makeup look 90-an yang juga mengetengahkan elemen cool tone yang menjadi ikutan ramai, bersama gaya lukisan kening yang halus, lip liner berwarna coklat dan bibir matte nude pale. Teknik solekan yang digunakan oleh barisan makeup artist berjaya menyerlahkan lagi struktur wajay Alexa Demie yang sememangnya memiliki aura eksotik dan memukau.

Karya makeup Donni Darvy dan Mararouse yang kreatif menggunakan eyeshadow bindigo shimmer smokey eyes yang memberi aura fearless dan sensual dengan gaya rambut beralun dengan elemen wet look menjadikan watak Maddy Perez sebagai simbol wanita moden yang berani, misteri dan penuh karisma.

Artikel Berkaitan: Dialog Fesyen: Yuleza