Musim sejuk pastinya menjadi musim yang sentiasa menjadi pilihan untuk anda melancong. Sebut sahaja Australia pasti anda terbayangkan diversiti yang bakal menanti disana. Sama ada anda melancong solo atau sebagai pasangan, kumpulan atau keluarga, ada sesuatu untuk semua orang untuk menikmati dari musim gugur (Mac-Mei) atau musim sejuk (Jun-Ogos) di Tasmania, Australia. GLAM berkongsi kenapa destinasi popular ini mesti disenaraikan sebagai bucket list percutian anda.

Tidak seperti bandar utama lain di Australia yang kian terdedah dengan pembangunan, Tasmania secara asasnya masih lagi kaya persekitaran semula jadi yang masih kekal indah. Antara yang boleh anda lakukan disini ialah:
[soliloquy id="80214"]
- Riadah santai – Bercuti bukan bererti anda benar-benar berehat. Apa kata cabar diri anda dengan aktiviti ‘sightseeing’ di Cataract Gorge yang terkenal dengan titian paling panjang di dunia. Menghabiskan masa terluang anda di 12 lokasi ‘Great Walks’ di Australia, Freycinet Experience Walkialah perjalanan kaki berjadual selama empat hari, melewati sepanjang persisir pantai Tanjung Freycinet di timur laut Tasmania. Dan lebih menarik sepanjang bulan April dan awal Mei, anda berpeluang menyaksikan perubahan warna pada hutan pokok Fagus dari hijau ke jingga, kuning, emas dan kemerah-merahan. Pokok Fagus adalah satu-satunya pokok beriklim sejuk dunia yang hanya terdapat di kawasan tanah Tinggi Tasmania seperti di Cradle Mountain-Lake St Clair National Park dan sekitar Tasik Fenton di Mount Field National Park.
INDULGE YOUR STAYCATION
Di Tasmania, untuk mencari tempat tinggal bukanlah satu dilema kerana di sini terdapat pelbagai tempat yang 'in' untuk anda melabuhkan badan. Seleksi dari backpacker, berkumpulan, solo atau bersama keluarga semuanya tersedia.
- Pangsapuri di Fraser Bicheno - baru dibuka Disember 2017 apartmentsonfraserbicheno.com.au
- Thousand Lakes Lodge - Central Highlands - baru dibuka Januari 2018 thousandlakeslodge.com.au
- Freycinet Lodge Coastal Pavilions – dibuka Mac 2018 http://www.freycinetlodge.com.au/2018
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.discovertasmania.com.au atau klik pautan laman sosial :
www.instagram.com/tasmania #discovertasmania
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
