Related Stories
Musim sejuk pastinya menjadi musim yang sentiasa menjadi pilihan untuk anda melancong. Sebut sahaja Australia pasti anda terbayangkan diversiti yang bakal menanti disana. Sama ada anda melancong solo atau sebagai pasangan, kumpulan atau keluarga, ada sesuatu untuk semua orang untuk menikmati dari musim gugur (Mac-Mei) atau musim sejuk (Jun-Ogos) di Tasmania, Australia. GLAM berkongsi kenapa destinasi popular ini mesti disenaraikan sebagai bucket list percutian anda.

Tidak seperti bandar utama lain di Australia yang kian terdedah dengan pembangunan, Tasmania secara asasnya masih lagi kaya persekitaran semula jadi yang masih kekal indah. Antara yang boleh anda lakukan disini ialah:
[soliloquy id="80214"]
- Ekspresi seni – Jika anda berkunjung pada 15 – 24 Jun, usah lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Festival Dark MOFO yang dianjurkan oleh MONA (Museum of Old and New Art). Anda akan dijamu dengan pelbagai medium bentuk persembahan seni yang meraikan kegelapan malam dengan muzik, cahaya dan budaya peribumi Australia. darkmofo.net.au
INDULGE YOUR STAYCATION
Di Tasmania, untuk mencari tempat tinggal bukanlah satu dilema kerana di sini terdapat pelbagai tempat yang 'in' untuk anda melabuhkan badan. Seleksi dari backpacker, berkumpulan, solo atau bersama keluarga semuanya tersedia.
- Pangsapuri di Fraser Bicheno - baru dibuka Disember 2017 apartmentsonfraserbicheno.com.au
- Thousand Lakes Lodge - Central Highlands - baru dibuka Januari 2018 thousandlakeslodge.com.au
- Freycinet Lodge Coastal Pavilions – dibuka Mac 2018 http://www.freycinetlodge.com.au/2018
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.discovertasmania.com.au atau klik pautan laman sosial :
www.instagram.com/tasmania #discovertasmania
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
