Anugerah Drama Sangat,Ini 5 Selebriti Tampil Paling Cantik Pilihan GLAM
Meriah berlangsungnya Anugerah Drama Sangat malam tadi. Dihadiri ramai selebriti tanah air, antaranya Anna Jobling, Nabila Huda, Misha Omar dan ramai lagi. Siapakah yang tampil paling cantik malam itu? Ayuh, GLAM senaraikan glam look kegemaran kami!
Antara anugerah yang dinanti-nantikan oleh peminat di Malaysia, Anugerah Drama Sangat 2023 anjuran TV3 ini diadakan malam tadi dan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Lebih meriah apabila gandingan hos yang mantap menjadi pilihan iaitu Sherry Alhadad juga Sharifah Shahira. Mempertandingkan 14 kategori dan telah menyaksikan drama Suamiku Lelaki Pendosa diangkat sebagai Drama Terbaik.
Manakala, Drama Novel Adapatasi Terbaik dimenangi oleh drama Melur Untuk Firdaus. Pelbagai lagu kategori dipertandingkan antaranya Pengarah Terbaik (Eyra Rahman), Penulis Skrip Terbaik (Wan Mahani Wan Hassan & Maizura Mohd Ederis), Pelakon Lelaki Terbaik (Datuk Aaron Aziz), Pelakon Wanita Terbaik (Ummi Nazeera), Pelakon Lelaki Popular (Redza Rosli), Pelakon Wanita Popular (Anna Jobling), Pelakon Antagonis Terbaik (Gambit Saifullah), Pasangan Drama Terbaik (Anna Jobling & Meerqeen) dan OST Terbaik
GLAM turut tertarik dengan sebilangan selebriti tanah air yang hadir melewati karpet merah. Cukup cantik dan tampil penuh glamor malam itu. Antaranya seperti Nabila Huda, Anna Jobling, Marsha Milan dan ramai lagi.
Selebriti Pilihan GLAM Tampil Paling Cantik
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

