Senarai Rutin Kecantikan “Airport-Friendly” Ketika Bercuti
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioMusim cuti hujung tahun dan perjalanan jarak jauh menaiki kapal terbang membuatkan ramai mula kembali menyusun beg kecantikan mereka.
Namun, cabarannya tetap sama iaitu bagaimana rutin kecantikan kekal teratur tanpa membawa terlalu banyak barang? Ini senarai barang kecantikan airport-friendly yang bukan sahaja memudahkan perjalanan anda, tetapi memastikan anda kekal segar dari pintu pelepasan hingga mendarat.
1. Produk kecantikan bersaiz mini (50ml ke bawah)
Peraturan cecair di kebanyakan lapangan terbang menetapkan setiap produk mestilah tidak melebihi 100ml. Jadi, set penjagaan kulit bersaiz mini adalah penyelamat. Cari set yang merangkumi pembersih, toner, serum dan pelembap. Produk bersaiz kecil bukan sahaja mudah dibawa, malah anda boleh mengekalkan rutin harian walaupun ketika transit panjang. Tip tambahan: simpan semuanya dalam beg plastik lutsinar supaya proses lebih cepat di kaunter keselamatan.
2. Penyembur pelembab
Keadaan dalam kabin kering, kulit pula cepat kusam jadi penyembur pelembab atau hydrating mist wajib ada dalam beg tangan. Semburan ini membantu kulit kekal lembap dan mengembalikan seri wajah selepas berjam-jam duduk di dalam pesawat. Pilih semburan dengan bahan seperti hyaluronic acid, rose water atau aloe vera yang lembut pada kulit.
3. Face wipes & pad tanggal solekan
Jika anda mahu membersihkan wajah tanpa perlu bangun dari tempat duduk, wipes adalah pilihan paling praktikal. Ia dapat menghilangkan kotoran, minyak dan solekan dengan cepat. Pilih wipes tanpa alkohol supaya kulit tidak terasa ketat atau kering. Ini juga item yang bagus untuk “refresh” sebelum mendarat.
See Also
4. Lip balm & krim tangan
Perjalanan di udara membuatkan kulit lebih cepat kering, terutamanya bibir dan tangan. Lip balm bertekstur pekat mampu melindungi bibir daripada merekah, manakala krim tangan membantu mengekalkan kelembutan kulit tangan. Pilih saiz 30ml atau ke bawah agar mudah dibawa ke kabin.
5. Solekan kompak
Untuk penampilan ringkas tetapi kemas, pilih produk solekan serba ringkas seperti cushion foundation, maskara dan brow gel. Ketiga-tiga ini sudah cukup untuk menyegarkan wajah tanpa perlu membawa beg solekan penuh. Cushion juga memudahkan touch-up tanpa cermin besar.
6. Keperluan rambut
Rambut kusut selepas beberapa jam? Berus mini detangling boleh menyelamatkan keadaan. Jika rambut cepat berminyak, dry shampoo bersaiz mini sudah memadai untuk memberi volume segera sebelum anda turun dari pesawat.
Artikel Berkaitan: Rutin Skincare Yang Ringkas, Hasil MaksimumAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
