Ariana ‘7 Rings’ Grande vs. Anugerah Grammy
Peminat Ariana Grande dikejutkan minggu ini oleh pihak Anugerah Grammy apabila mereka mengumumkan bahawa penyanyi popular tersebut tidak akan hadir dan telah menarik diri daripada membuat persembahan Ahad ini di STAPLES Center, Los Angeles. Namun lain pula kisahnya apabila Grande sendiri tampil bersuara.

Sumber sebelum ini menyatakan Grande merasa “terhina” dengan tindakan penerbit Grammys yang enggan membenarkan penyanyi tersebut memilih lagu-lagu yang dia ingin persembahkan. Grande memilih untuk menyanyikan lagu terbarunya “7 Rings,” di mana penerbit bersetuju dengan cadangannya dengan syarat ia harus dipersembahkan melalui medley dan mereka akan menentukan lagu-lagunya yang lain. Grande walau bagaimanapun enggan menurut syarat-syarat tersebut lantas berita tersebar dia tidak akah menghadiri majlis anugerah hujung minggu ini.

Gambar Chris Pizzello/Invision/AP/REX/Shutterstock
Ken Ehrlich, penerbit Grammys, menyatakan pihak mereka telah cuba untuk berhubung dengan Grande membincangkan hal ini namun Grande “merasakan tempoh yang diberikan adalah terlalu singkat untuk dia membuat persembahan.” Namun kenyataan ini dibidas oleh Grande sejurus selepas berita ini tersebar.
Membawa hal ini ke Twitter dengan, “I’ve kept my mouth shut but now you’re lying about me,” mula Grande dalam Tweet tersebut.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026
