Barang Kemas Ikonik Permaisuri Diraja Malaysia
Selongkar dan selidik perincian dan desain barang kemas ikonik Tiara Diraja Permaisuri Melayu
Raja merujuk kepada seorang penguasa tertinggi atau kepala suatu negara atau kerajaan. Seorang raja memiliki kekuasaan politik dan seringkali dianggap sebagai simbol tertinggi dalam sistem pemerintahan monarki. Raja juga mempunya isteri dengan gelaran permaisuri. Selain peranan selaku wakil rakyat dan sumber inspirasi kepada rakyat pastinya permaisuri mempunyai barang kemas ikonik tersendiri.
Permaisuri dalam Bahasa Melayu merujuk kepada isteri atau pasangan seorang raja atau sultan. Permaisuri memiliki kedudukan yang tinggi dalam hierarki kerajaan dan memiliki peranan penting dalam upacara-upacara kenegaraan atau kegiatan sosial. Gelaran “permaisuri” digunakan untuk menyatakan status rasmi sebagai isteri penguasa tertinggi dalam sistem monarki. Permaisuri memiliki tanggungjawab untuk mendukung tugas-tugas kerajaan, terlibat dalam kegiatan amal, dan menjadi perwakilan sosial yang penting. Gelaran ini mempunyai beberapa variasi di pelbagai negara atau wilayah yang memiliki tradisi monarki, dan istilah yang setara digunakan, seperti “ratu” atau “queen” dalam Bahasa Inggeris.
Itu serba sedikit pengenalan dan pencerahan mengenai maksud dan tugas seorang raja dan permaisuri. Namun, apa yang lebih menarik pada artikel kali ini GLAM akan bawa anda semua untuk mengenali perhiasan dan warisan negara iaitu Mahkota Diraja Melayu.
Bintang Hollywood di Emmy Awards 2017
Standout Looks Daripada Milan Fashion Week S/S 18
Sensualiti La Medusa
Sentuhan Adi Busana Maison Margiela Oleh John Galliano
Semarak Jiwa Urban Braun Büffel Jelas Ternyata Buat Koleksi L/S ’18
She’s Coming Home! Yuna Bakal Beraksi Di Good Vibes 2019 Di Genting Highlands
Menampilkan tujuh elemen berlian yang indah dengan berlian yang bersinar daripada Bulan Sabit pada dasar gulungan berlian, menghormati desain Bendera Negeri Johor yang menampilkan bulan sabit Islam dan bintang. Asal usul tiara ini tidak diketahui tetapi kemungkinan besar dicipta pada separuh kedua abad ke-19 oleh Benson’s di London seperti yang ditemui oleh Beth yang menakjubkan. Pada tahun 2015, Tiara ini diperkenakan semula apabila Ratu Zarith Sofiah memakai Tiara tersebut dalam Majlis Makan Malam yang diadakan selepas Istiadat Penobatan suaminya, Sultan Ibrahim, sebagai Sultan Johor. Oleh yang demikian ia merupakan peristiwa yang menarik kerana pada saat itu kita dapat lihat Tiara itu dipakai secara umum oleh DYMM Ratu Zarith Sofiah, walaupun tidak dapat disangkal bahawa warisan yang menakjubkan ini akan terus dipakai untuk beberapa tahun lagi! Tiara ini mempunyai sejarah yang hebat dan telah diturunkan daripada generasi ke genari yang bermula dengan Sultanah Ungku Maimunah Binti Ungku Abdul Majid hinggalah ke Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah.
5 TIARA IKONIK PERMAISURI DIRAJA MALAYSIA
Tiara adalah perhiasan kepala yang khusus dikenakan oleh seorang permaisuri. Tiara ini adalah simbol kemuliaan dan status tinggi dalam hierarki kerajaan. Setiap tiara permaisuri memiliki desain dan hiasan yang unik, mencerminkan keindahan dan keanggunan yang diinginkan si pemakai. Tiara Permaisuri biasanya lebih besar dan lebih mewah daripada tiara biasa serta dihiasi dengan batu permata berharga seperti berlian, zamrud, atau mutiara. Desain tiara dapat mencerminkan gaya dan kebudayaan dari kerajaan tempat permaisuri tersebut bertakhta. Penggunaan tiara permaisuri biasanya dipakai di acara rasmi, seperti upacara rasmi negara, pernikahan, atau peristiwa kerajaan yang lain.I) TIARA GENDIK DIRAJA: ISTERI YANG DI-PERTUAN AGONG
Sumber imej dari Google
Tiara Gendik Diraja adalah sejenis perhiasan diraja yang agak unik. Ia tidak dimilik mana-mana Keluarga Diraja Malaysia. Ini adalah Tiara Negeri bagi Raja Permaisuri Agong Malaysia. Raja Permaisuri Agong adalah isteri kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Yang di-Pertuan Agong secara formal dipilih untuk satu tempoh lima tahun daripada sembilan pemerintah Raja Malaysia, yang membentuk Majlis Raja-Raja. Dengan kata lain, ini adalah tiara yang paling banyak digunakan oleh permaisuri di Malaysia. Tiara ini telah dipakaikan di kepala 14 ratu yang berbeza. Desain gendik diraja ini mengutamakan reka bentuk Islam dan mengutamakan kemulian seorang permaisuri yang merupakan tulang belakang kepada seorang raja.II) TIARA RAJA PERMAISURI TUANKU BAINUN PERAK
Sumber imej dari Google
Tuanku Bainun sering dilihat memakai tiara ini dalam pelbagai majlis dan secara tidak lagsung mencuri tumpuan. Tiara ini diperbuat daripada berlian dan platinum. Dibuat di Hong Kong sekitar tahun 1960. Tiara ini dihiasi dengan 312 batu berlian dan di meterai menggunakan platinum. Tiara ini mempunyai reka bentuk yang simple dan unik. Tiara berlian ini dipakai oleh Tuanku Bainun semasa ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan. Tiara ini kemudian berpindah milik ke Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara SalimIII) TIARA BERTATAH BERLIAN DULI YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN SELANGOR
Sumber imej dari Google
Tiara bertatah berlian ini memiliki desain moden dan kelihatan berkelas apabila dipakai. Dengan rekaan yang bersifat minimal menyerikan lagi si pemakai. Tiara Bertatah Berlian ini dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Selangor ketika majlis rasmi Istiadat-istiadat Diraja seperti Istiadat Santapan Diraja, Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat dan Istiadat-istiadat lain. Tiara ini kemudian di pakai oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah NorashikinIV) TIARA DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH JOHOR
Sumber imej dari Google
See Also
V) TIARA BERLIAN PERMAISURI AFZAN PAHANG
Sumber imej dari Google
Dengan menampilkan lambang Pahang Darul Makmur dengan emas di dalam bingkai berlian moden, Tiara Negeri Pahang dicipta pada tahun 1974. Pemakai pertama Tiara Negeri Pahang adalah Tengku Ampuan Afzan dari Pahang, ibu mertua kepada Ratu Azizah. Tiara ini pertama kalinya mempunyai versi yang lebih kecil sebelum menukar desain kepada tiara yang terkini bersesuaian dengan pemodenan arus dan perkembangan semasa. Desain tiara ini mencuri tumpuan dengan perincian halus elemen Negeri Pahang yang dimasukkan dalam tiara ini. Ukiran yang menjalar dari bahagian tengah ke luar tiara ini membuktikan kehalusan dan ketelitian pembuatan tiara ini.Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
