Loading media...

Unable to load content
Berita Gembira Ryan Reynolds!
Katie Holmes Sudah Tidak Single Lagi Selepas 5 Tahun Bercerai
Paul Andrew menggalas tugas baru di Salvatore ferragamo
Gerak-geri Kembar Olsen Kini
Kris Jenner Akhirnya Mengesahkan Kehamilan Khloé dan Kylie?
Home > Uncategorized > Bella Hadid dan Drake Kini Bersama?

Bella Hadid dan Drake Kini Bersama?

Minggu yang lalu Bella Hadid dikhabarkan menjalin hubungan dengan model Jordan Kale Barrett hanya melalui beberapa foto yang diambil oleh seorang paparazzi. Namun dinafikan oleh Hadid melalui kenyataan di Twitter.

 

Minggu ini pula Hadid dilaporkan bersama dengan rapper Drake pula. Siapa sahaja ‘it girl’ yang Drake tidak mahu menjalinkan hubungan bersama di Hollywood?

 

Kisah Bella/Drake ini bermula apabila mereka dilihat bersama-sama di sebuah hotspot kawasan West Hollywood pada satu malam. Namun mereka tiba pada waktu yang berbeza. What are the odds now?

 

Mereka kemudiannya meninggalkan tempat tersebut pada jam 3:30 pagi dan mengikut laporan Hollywood Reporter kedua-duanya keluar mengikut pintu yang berbeza dan kereta SUV yang dinaiki oleh Hadid pada malam itu adalah milik Drake.

 

Apa maksud semua ini? Adakah mereka benar-benar bersama? Ataupun kesilapan paparazzi sekali lagi? Mungkin Hadid akan menjelaskannya sekali lagi?