Duchess of Sussex, Meghan Markle, Kini Hamil
Victoria’s Secret Angel Irina Shayk Selamat Melahirkan Cahaya Mata Sulung
Label Jonathan Saunders Tamat Operasi
Penelope Cruz Sebagai Donatella Versace Untuk Versace: American Crime Story
Senarai Penuh Pemenang FFM28
Home > Uncategorized > Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda Indonesia, Fitri Aprinasari

Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda Indonesia, Fitri Aprinasari

Anak bekas perdana menteri, Najib Razak baru-baru ini dikhabarkan telah melangsungkan bertunang dengan seorang ahli politik muda dari bekas parti pemerintah Indonesia Golkar, Fitri Aprinasari Utami.

Kedua-duanya yang segak dan menawan mengenakan sepersalinan baju Melayu berwarna merah, majlis pertunangan Nazifuddin Najib dan Fitri diadakan di sebuah hotel di Jakarta pada 4 Mei lalu, dan baru-baru ini saja gambar majlis pertunangan mereka tersebar dan mulai viral di laman maya.

Berdasarkan MSN News, pasangan itu merancang berkahwin pada Disember nanti. Nazifuddin, adalah seorang daripada tiga anak Najib daripada hasil perkahwinan terdahulu dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Namun siapa sebenarnya tunang Nazifuffin, Fitri Aprinasari Utami ini? GLAM secara eksklusifnya menghimpunkan beberapa fakta menarik tentang dirinya.

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse
1. Fitri ialah anak perempuan ahli perniagaan Indonesia terkenal, Tommy Sumardi.

Fitri di samping ahli keluarganya.

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse