Loading media...

Unable to load content
Fendi Sambut Ulang Tahun Ke-90 Dengan Pertunjukan Fesyen Di Trevi Fountain
CEO Diane von Fursternberg Letak Jawatan
Persamaan Antara Obama, Steve Jobs, Einstein dan Zuckerberg
Kim & Kanye Dikhabarkan Tinggal Berasingan
Charlize Theron Ditemu Bual Peter Lindbergh Di Set Penggambaran J’adore
Home > Uncategorized > Cheryl Bakal Timang Zuriat Liam Payne?

Cheryl Bakal Timang Zuriat Liam Payne?

Selepas berbulan-bulan berspakulasi, akhirnya tupai jatuh ke tanah jua! Penyanyi kumpulan One Direction sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertamanya bersama bekas anggota kumpulan Girls Aloud, Cheryl!

 

Sumber: David Fisher/REX/Shutterstock

 

Berpuluh-puluh gambar mendatangkan syak kepada peminat akan cara pemakaian Cheryl yang lebih konservatif dan loggar sejak kebelakangan ini. Sememangnya beliau menyembunyikan baby bump selama ini! Terdapat sumber terdekat Cheryl yang mengatakan Cheryl memang hamil dan berada di trimester keduanya. Namun, kedua-dua bintang arena hiburan itu tidak pernah membalas kepada mereka yang bertanya-tanya akan situasi mereka itu.

 

Gambar terbaru pasangan tersebut mengesahkan spekulasi yang telah lama membuatkan netizen tertanya-tanya. Liam dan Cheryl berpegangan tangan selepas habisnya konsert St James Christmas Carol di kota London. Dress bodycon dipakai Cheryl tidak menafikan kehadiran zuriat pertama pasangan British tersebut.

 

Sumber: TheImageDirect.com

 

Hubungan cinta Liam, 23 dan Cheryl, 33 mula berputik pada bulan Febuari tahun ini dan hanya selepas 3 bulan bersama mereka mengumumkannya kepada umum di sebuah makan malam amal. Cheryl buat pertama kalinya berjumpa Liam ketika beliau menguji bakat bagi rancangan realiti The X Factor ketika Liam hanya berusia 14 tahun.

 

 

Congratulations to the new parents!

 
Oleh: Aizat Azman Shah