fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Letupan Ikutan Konsert Ariana Grande Mengorbankan 19 Orang
TOD’s Ambil Bahagian Dalam Pemulihan Colosseum
Most GLAM 2018 Membuka Gerbang Surealisme
Queen Elizabeth Telah Memberikan Kebenaran Kepada Prince Harry
Laporan ‘Magazine Cover Diversity’ Tahun 2016: Masa Depan Cerah Untuk Dunia Fesyen
Home > Uncategorized > Lily James Dilamar Burberry

Lily James Dilamar Burberry

Oleh: Mujahid Saddam
 

T67862080_2MLily James di Anugerah Golden Globes 2016. Gambar: TPGVIP

 
Namanya mula menjadi sebutan selepas membintangi filem Cinderella tahun lalu. Bintang Lily James, aktres English berusia 27 tahun ini terus menyinar dan kini dia disunting sebagai wajah baru Burberry pula.
 
Mengikut jejak langkah Kate Moss dan Cara Delevingne menghiasi kempen haruman dari jenama British itu, James bakal muncul dalam kempen yang dirakam oleh jurugambar terkenal Mario Testino bagi koleksi My Burberry Black. “Saya sangat teruja menjadi sebahagian daripada keluarga Burberry,” luah aktres itu mengenai pemilihannya.
 
Kempen tersebut bakal dilancarkan Ogos nanti dan merupakan kempen pertama buat James. “Ianya pengalaman yang cukup istimewa. Saya berpeluang menunjukkan sisi berbeza diri saya.”