fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Promosi – Menangi Percutian di Avani Sepang Goldcoast Resort
GLAM PROMOSI – NOV 2016
Anne Hathaway Meraikan International Women’s Day Di PBB
Bekas Teman Lelaki Kylie Jenner Mendesak Ujian DNA Dijalankan
LBD Ala Carrie Bradshaw
Home > Uncategorized > Anugerah Fashion Swarovski Buat Franca Sozzani

Anugerah Fashion Swarovski Buat Franca Sozzani

Franca Sozzani (L) , Giorgio Armani (R) arrive in Milan to open Milan Fashion Weekan, on 24th February. (Photo by Mattia Gravili/NurPhoto) *** Please Use Credit from Credit Field ***

Franca Sozzani (L) , Giorgio Armani (R) tiba di Milan untuk merasmikan Milan Fashion Week.


 

Tanggal 5 Disember ini di Royal Albert Hall , London, bersempena dengan Fashion Awards 2016 ketua editor Vogue Italia Franca Sozzani bakal dianugerahkan dengan Anugerah Fesyen Swarovski Untuk Perubahan Positif.

 

Anugerah terbaru ini diwujudkan untuk menghargai individual-individual yang menjaga kebajikan orang yang memerlukan dengan menderma dari sumber mereka sendiri demi mengecapi perubahan dan meninggalkan impak yang positif kepada masyarakat.

 

Ketua editor Vogue Italia itu dipilih sebagai penerima pertama anugerah tersebut atas usahanya menggunakan pengaruhnya untuk membawa perubahan. Antara usaha-usaha Franca termasuklah duta menghentikan kebuluran untuk UN World Food Program, kerjasamanya dengan Convivo untuk menentang AIDS; dan juga kerjanya bersama Institut Oncology Eropah.

 

Oleh: Ai Norzaid