Beyoncé Bersinar Dalam Kempen Terbaru Tiffany & Co.
Dalam Filem About Love, Adjei Merakamkan Nyanyian Beyoncé untuk Lagu Tema Breakfast at Tiffany iaitu Moon River Sambil Mendendangkan Lagu Bersama Jay-Z.

Dalam salah satu gambar, diva itu boleh dilihat memakai kot emas dan pelbagai kepingan berkilauan. Manakala satu lagi gambar lainnya, dia dilihat memakai satu set rantai dan gelang. Begitu juga dalam gaun lateks beraksen dengan perhiasan berkilauan. Rantai leher Tiffany HardWear yang dicipta secara eksplisit untuk kempen dan mengambil masa sekitar lebih 40 jam untuk menghasilkannya. Jika anda melihat dengan teliti, rantai emas 18k adalah tiga kali ganda skala purata permata HardWear sedia ada.
“Sebagai penerokaan kreativiti tanpa rasa takut, kempen Lose Yourself in Love merangkumi cinta kepada diri dan keanggunan yang diperkasakan. Beyoncé adalah inspirasi yang tepat kerana dia memancarkan kualiti ini. Kami berbesar hati untuk meneruskan kolaborasi kami untuk tahun kedua berturut-turut dan menyambut era cinta baharu yang menarik,” kata Alexander Arnault, Naib Presiden Eksekutif Produk dan Komunikasi, Tiffany & Co.
See Also
Mekar Wajah Muda Bersama Clarins Precious
Emilia Clarke Muka Baru Wangian Dolce & Gabbana: The One
Pesona Haruman Mewah Di Escentials Malaysia
Bella Hadid Bongkar Rutin Solekan Hariannya Di Tiktok
Trend Kecantikan Pilihan Glam di Minggu Fesyen New York Musim Bunga/Panas 2020
Rambut Semakin Bersinar Disebabkan Rawatan Terkenal Jepun Ini![]()
Selain tampil dengan gambar memukau, kempen Lose Yourself in Love turut bakal menayangkan filem pada Oktober 2022.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
