Ruang – Inspirasi Ambien Hijau
Rekaan Hebat – Asimilasi Alam
Destinasi – Vitra Memilih Kuala Lumpur Sebagai Destinasi Kedua Jajahan Asia Tenggara
#StayHomeWithGD – Tip Penjagaan Tanaman Dalam Pasu
Aliran Fesyen ke Hiasan Dalaman (Kemasan Lembut)
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Inspirasi > Bicara Deko – GLAM Deko x Acacia Fabrics

Bicara Deko – GLAM Deko x Acacia Fabrics

Pilihan fabrik untuk menyempurnakan tirai jendela, aksesori kusyen, balutan sofa dan perabot lain di kediaman boleh menjadi sukar dan mungkin di luar kawalan. Jenama Acacia Fabrics membariskan produk kemasan lembut sebagai solusi menghias ruang hidup kediaman dan kegunaan komersil.   Fabrik di bawah jenama Acacia Fabrics tidak hanya terhad pada satu penggunaan, namun barisan fabrik yang ada boleh dipelbagaikan fungsi termasuk langsir, tirai, sarung kusyen, sarung sofa, dan idea berbeza lain bergantung kepada kegunaan ruang.   Pengguna boleh memilih dari pelbagai jenis warna, tekstur, polos dan paten motif. Malah, anda juga boleh memulihkan perabot lama dengan balutan fabrik yang baru menerusi seleksi fabrik yang dibawakan oleh jenama ini. Pilihan fabrik tahan lasak dan selamat mampu melambatkan kepudaran warna dan jangka hayat fabrik lebih tinggi.