Related Stories
Home > GLAM Plus > GLAM Weddings > Bicara Ung Yiu Lin Mengenai Perkahwinannya
Bicara Ung Yiu Lin Mengenai Perkahwinannya
Biarpun sudah bertahun mendirikan istana bersama arjuna tercinta, namun gaun perkahwinan masih sempurna bak semalam mengikat cinta. Ikuti kisah Ung Yiu Lin, 35 Pengasas dan Pemilik ShoesShoesShoes dan Klutched.
Nama suami
Azlan Iskandar.
Detik pertemuan bersama si dia
Kami bertemu di acara fesyen sekitar 2008. Azlan kala itu pulang ke Malaysia untuk bercuti (musim panas) daripada London.
Tempoh berkasih sebelum memutus untuk mengikat cinta=
Sebelum dilamar, kami berkongsi kasih lebih daripada tiga tahun.
Butiran lamaran si dia
Kami telah membeli sebuah rumah bersama dan ketika melawat kediaman, dia mengejutkan saya dengan ribuan bunga mawar berona putih dan pasu berserakan serata ruang tamu dengan satu bunga mawar merah dalam jar besar. Ketika bingung dengan kejutan, Azlan melutut dan meminta saya mengahwininya. Katanya, setiap bunga menandakan satu hari kami bersama.
Lokasi dan tarikh pernikahan=
Kami mempunyai tiga majlis kesemuanya pada hari yang sama yakni upacara teh cina di waktu pagi, disusuli akad nikah pada lewat petang dan terus ke lokasi majlis makan malam di Casabrina Villa, Pahang pada 8hb Disember 2012.
Tema Resepsi
We wanted it to be in the midst of nature, and for the akad nikah to be simple, but breathtaking. Pelamin dibina di atas kolam renang infiniti, dan ia terletak di atas cenuram bukit dengan kehijauan rimbun sebagai latar belakang. Hiasan bunga ringkas dengan baby’s breath disusun indah dalam pasu cermin, bersama sebahagian besar kain ditabir dalam percikan rona putih asli.
Konsep Pilihan
Taman dalam khemah, organik serta Tim Burton-esque. The reception theme was organic and efforless in the way the tables were decorated with succulents, and jars with sprigs of leaves and flowers. Kad undangan resepsi turut diperbuat daripada kertas keras khas yang perlu dipasang rekaan unik dan dramatik Tim Burton. Video animasi juga ditempah bagi merungkai detik pertemuan kami dengan suntikan Tim Burton juga.
Rekaan Rizalman untuk busana perkahwinan. Mengapa?
Rizalman sentiasa memahami diri saya dan beliau adalah seorang pereka tanah air yang hebat. Ciptaannya bertepatan dengan kehendak hati dan tampak mudah dan ringkas. Hanya dua bulan selepas perjumpaan, Voila! Segalanya siap untuk dicuba. Konsep idea juga ceritera disebalik busana rekaan Rizalman. Bagi gaun perkahwinan, saya idamkan busana putih yang membisik kemodenan kerana tidak mahu menjadi pengantin tipikal. Saya mahukan rekaan yang membiaskan karekter diri yang edgy, fierce and strong. Itulah kisah di sebalik kakasan logam pada gaun selaras reka bentuk tas tangan jenama Klutched milik saya.
Ceritera di sebalik cincin perkahwinan
Azlan consulted some dear friends of mine about the ring, as he wanted to make sure he got it perfect. Salah satu teman membawanya ke DeGem dan Azlan mereka cincin itu sendiri. Apa yang lebih istimewa tentang cincin ini adalah, berliannya diterbangkan khas dari London ke Kuala Lumpur.
Petikan anda tentang perkahwinan
Perkahwinan adalah satu perkongsian bersama insan yang mampu menonjolkan yang terbaik buat anda, membakar usaha untuk tampil terbaik mampu, mencetus ketawa kala diri dilanda kesedihan serta menghargai setiap detik hidup di dunia ini.
Tip memilih busana rekaan
Pastikan pilihan mencerminkan personaliti diri. Tentunya anda tidak mahu kelihatan seperti orang lain di hari mengikat cinta kerana ianya detik terpenting dalam hidup setiap wanita. So be honest to yourself and be yourself!
Perkara menarik mengenai perkahwinan anda
Kami membawa setiap peralatan dari Kuala Lumpur seperti penyaman udara, generator dan khemah. Kami turut membina pelantar dan khemah bagi acara resepsi makan malam dan majlis akad nikah. Tiada jaring keselamatan atau alur bagi binaan pelamin gantung kami. Ianya benar-benar sebuah pelamin infiniti. Oleh kerana lokasinya di tanah tinggi, ada tetamu yang hadir menaiki helikopter. Perkahwinan kami adalah perkahwinan yang pertama di raikan di Casabrina Villa, Pahang.
Detik terindah sepanjang perkahwinan
Dalam apa jua keadaan, kami sentiasa mengatasi masalah sebaik mungkin dan mencari solusi secara pantas. Ia adalah penting untuk mengetahui insan yang bakal anda nikahi mampu untuk bekerjasama dengan anda sebagai satu pasukan meredah segala kesukaran dan berkongsi masa senang.
Nasihat buat bride-to-be
Never pretend to be someone you are not! Sentiasa kekalkan nilai diri serta sikap yang sama semasa bersama. Ini membuatkan anda sentiasa jujur dalam perhubungan dan tidak mengharapkan orang lain untuk berubah. Selalu menyokong pasangan anda dalam apa juga bidang yang ingin dilakukannya dan berlaku jujur apabila berselisih pendapat. Independence in a woman is never sexier. Dengan menjadi diri sendiri dan seorang wanita, si dia kan menghormati setiap inci keperibadian anda.
Penyelaras Dan Penata Gaya YUSAIRI FITRI
Arahan Seni ASHURA HAKIM
Gambar ERIC CHOW/BLINK
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM Weddings Edisi 1
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
GLAM Weddings: Kisah Cinta Sissy Imann Bermula Seb...
BY Farhana Fuad
Dec 13, 2025
GLAM Weddings: Erra Fazira Sah Bergelar Isteri, Ma...
BY Farhana Fuad
Dec 12, 2025
GLAM Weddings: Davika Hoorne Sah Bergelar Isteri K...
BY Farhana Fuad
Nov 10, 2025
GLAM Weddings: Simbolik Cinta Fattah Amin & Am...
BY Zahirah Zulkhairi
Oct 28, 2025
10 Hairstylist Selebriti Pilihan Pengantin 2025
BY Julia Azman
Sep 03, 2025
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
