Camila Cabello Bidas Kritikan Netizen Terhadap Bentuk Tubuhnya
Pelantun lagu Liar ini kemudian berkata, dia bersyukur kerana memiliki tubuh yang membolehkannya untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan.
“Kita adalah wanita sebenar dengan selulit, tanda regangan dan lemak di badan. Dan kita mesti mencintai diri sendiri,” jelasnya. Dia mengakhiri video tersebut dengan menyanyikan lirik lagu Something He Can Feel nyanyian Aretha Franklin sambil mengusap tubuhnya dari bawah ke atas.
Ini bukanlah kali pertama Camila menyelar kutukan netizen. Pada 2019, dia menyiarkan satu catatan panjang lebar di media sosial ketika menyambut ulang tahun kedua lagu popularnya, Havana.
Menerusi nota tersebut, dia memberi peringatan kepada gadis-gadis muda yang membesar dalam dunia Photoshop agar tidak mudah terpedaya dengan kecantikan palsu di internet kerana kebanyakan foto-foto yang dimuat naik telah pun disunting.
@camilacabello i luv my body
♬ original sound – Camila CabelloSee Also
La Grande Classique De Longines Kini Berwajah Monokrom
Siri Samsung Galaxy S24 Cipta Pengalaman Luar Biasa
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
S Pen Galaxy S22 Ultra: Menguasai Produktiviti dan Kreativiti
Most GLAM 2021: Nurida Suraya
Park Shin Hye Berkongsi Berita Kehamilan Dan Tarikh Perkahwinan![]()
Foto: David Needleman
Baca: Kediaman Shawn Mendes & Camila Cabello Dipecah Masuk, SUV Dicuri
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
