The Fabulous, Siri K-Drama Terbaru di Netflix Mesti Tonton!
7 Rahsia Eksklusif Di Sebalik Duta Baharu Roger Vivier, Yeji
Bicara Peluncuran Elektrik Volvo Cars Bersama Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump
Puteri Eugenie Sedang Menantikan Kehadiran Cahaya Mata Kedua
Kylie Jenner & Travis Scott Berpisah Buat Kali Kedua
Home > Gaya Hidup > Dua Dekad Bercinta, Emma Bunton Akhirnya Bergelar Isteri

Dua Dekad Bercinta, Emma Bunton Akhirnya Bergelar Isteri

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Baby Spice, Emma Bunton dan Jade Jones kini selamat bergelar suami isteri setelah 21 tahun menjalin hubungan cinta.

Kejutan itu diumumkan sendiri oleh Emma Bunton menerusi satu hantaran yang dikongsi di Instagram berserta kapsyen ringkas, “Mr and Mrs Jones!”.

Foto upacara perkahwinan yang dimuat naik menunjukkan pasangan itu sedang berdiri di bawah gerbang yang dihiasi dengan mawar putih.

Sempena hari istimewa itu, Emma memilih dress mini putih manalaka Jade pula menyarung kemeja-T hitam dan blazer Gucci coklat yang dipadankan bersama topi rona sedondon.

https://www.instagram.com/p/CRRqbVnseVM/
Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse