3 Produk Penting Ketika Melancong Pilihan GLAM
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioBila melancong, kita semua nak nampak segar dan rasa selesa tanpa perlu bawa satu almari penuh produk kecantikan.
Hakikatnya, bila travel ruang beg sangat terhad jadi pilihan produk yang bijak adalah kunci utama. Tak perlu bawa berlapis-lapis skincare, cukup tiga produk asas ini untuk memastikan kulit sentiasa bersih, sihat dan terlindung walau ke mana destinasi anda.
1. Hypochlorous Acid (HOCl) Spray
Produk ini masih baru bagi ramai orang, tapi sebenarnya ia sudah lama digunakan dalam dunia perubatan kerana sifatnya yang lembut tapi sangat efektif. HOCl spray membantu menenangkan kulit sensitif, mengurangkan kemerahan, dan melindungi kulit daripada bakteria. Bagi yang mudah naik jerawat bila travel (akibat perubahan cuaca, makanan atau stres), HOCl spray boleh jadi penyelamat.

Selain itu, spray ini sangat praktikal, tak perlu kapas atau langkah tambahan. Hanya spray pada kulit bila terasa kering selepas penerbangan panjang, selepas berpeluh berjalan seharian, atau sebelum tidur untuk beri rasa segar. Lebih menarik, ia juga boleh berfungsi sebagai “first-aid” mini untuk kulit iaitu melegakan iritasi atau sunburn ringan. Pendek kata, satu produk ini sudah merangkap banyak fungsi.
2. Sunscreen

Ini mungkin kedengaran klise, tapi sunscreen adalah “non-negotiable” dalam apa jua perjalanan. Walaupun kita hanya duduk dalam kereta, bas atau pesawat, sinaran UV tetap menembusi tingkap dan memberi kesan buruk pada kulit. Travel selalunya banyak melibatkan aktiviti luar berjalan, bergambar, atau berjemur di pantai dan semua ini meningkatkan risiko kulit rosak akibat matahari.
Pilih sunscreen dengan SPF 30 ke atas, lebih bagus jika ada perlindungan broad-spectrum. Bagi traveler, sunscreen dalam bentuk stick atau spray lebih mudah kerana cepat dipakai semula tanpa ganggu makeup. Dengan cara ini, anda boleh kekal yakin sepanjang hari tanpa risaukan sunburn atau tanda penuaan awal.
3. Lip Balm dengan SPF
Bibir adalah bahagian yang paling cepat menunjukkan tanda dehidrasi, terutama bila kita travel dengan kapal terbang atau ke destinasi berangin. Bibir kering, pecah atau merekah bukan sahaja menyakitkan, malah merosakkan keseluruhan penampilan. Sebab itu lip balm dengan SPF sangat penting.
Ia melembapkan bibir sambil memberi perlindungan daripada sinar UV. Pilih lip balm yang ringan dan tidak melekit supaya mudah digunakan bila-bila masa, malah boleh dipakai di bawah lipstick. Kalau anda suka sesuatu yang multifungsi, pilih lip balm dengan sedikit berwarna, tak perlu bawa lipstick tambahan pun masih nampak segar.

Melancong sepatutnya menyeronokkan, bukan buat kita stres dengan beg penuh produk kecantikan. Dengan hanya tiga produk ringkas iaitu HOCl spray, sunscreen, dan lip balm SPF, kulit anda akan kekal sihat, segar dan terlindung walau ke mana destinasi. HOCl spray menjaga keseimbangan kulit, sunscreen melindungi dari sinar matahari, manakala lip balm memastikan senyuman anda sentiasa manis tanpa bibir kering.
Artikel Berkaitan: Betul Ke Guna Sunscreen Dalam Rumah Penting?
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
