Related Stories
Kim Yoo-jung Bersinar Sebagai Duta Jenama Bobbi Brown
Terkenal dengan wajah polos dan kecantikan semula jadi, Kim Yoo-jung telah dilantik sebagai duta Asia Pasifik jenama Bobbi Brown.
Jenama kecantikan Bobbi Brown mengumumkan berita baik tentang duta baru mereka ini menerusi akaun Instagram yang dihiasi gambar anggun pelakon wanita Korea Selatan itu. Kim Yoo-jung mengikuti jejak langkah pasangannya dalam drama My Demon, Song Kang. Song Kang juga merupakan duta jenama Bobbi Brown juga sejak tahun 2022. Produk pertama Bobbi Brown yang digunakan Kim Yoo-jung ialah Extra Lip Tint. Extra Lip Tint juga merupakan kegemarannya kerana formula ringan yang memberikan warna yang cantik dan sihat pada bibirnya dengan sentuhan warna yang halus.
https://www.instagram.com/p/C-JXSNQublo/
“Semakin banyak saya belajar tentang Bobbi Brown, saya dapat merasakan hubungan yang lebih kuat dengan jenama ini. Keserasian saya dengan falsafah jenama ini yang ingin menyerlahkan kecantikan semula jadi setiap individu dan menyokong wanita untuk kelihatan cantik melalui solekan dapat dirasai. Kerjasama saya dan Bobbi Brown membuatkan saya rasa sangat gembira. Saya tidak sabar untuk menunjukkan kepada peminat saya sisi baru diri saya.” Ujar Kim Yoo-jung tentang pelantikannya sebagai duta jenama tersebut.
https://www.instagram.com/p/C-HiZkRNJbj/?img_index=1
Pelakon wanita terkenal ini memulakan kariernya dengan usia yang muda, seawal 5 tahun. Dia pernah dinominasikan dalam kategori Pelakon Wanita Baru di Baeksang Art Awards. Ketika nominasi itu, dia baru berusia 13 tahun dengan lakonannya dalam drama The Moon Embracing the Sun. My Demon merupakan drama terbaru Kim Yoo-jung yang dilakonkan bersama Song Kang. Lakonan penuh chemistry membawa kepada kemenangan Anugerah Pasangan Terbaik di SBS Drama Awards 2023.
Pautan Berkaitan: 5 Wangian Floral Pilihan GLAM
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
