5 Tips Rambut Sihat dan Bersinar Menjelang Aidilfitri
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioMenjelang Aidilfitri, persiapan bukan sahaja tertumpu pada persalinan dan solekan, tetapi juga pada kesihatan rambut yang menjadi mahkota penampilan. Rambut yang sihat dan bersinar bukan sahaja meningkatkan keyakinan, tetapi juga menyerlahkan aura anda di pagi Aidilfitri nanti.
Tanpa perlu berbelanja besar, kami senaraikan lima langkah mudah yang boleh dilakukan di rumah untuk rambut berseri tanpa bergantung pada bahan kimia.
1. Bersihkan Dengan Lembut
Mulakan dengan syampu semula jadi yang sesuai dengan jenis rambut anda. Pilih syampu bebas sulfat dan paraben untuk mengekalkan minyak semula jadi rambut. Cuci rambut 2–3 kali seminggu agar tidak terlalu kering, sambil mengekalkan kelembapan semulajadi. Untuk kesan tambahan, bilasan akhir dengan air suam dicampur sedikit cuka epal dapat menambah kilau rambut.
2. Urut Kulit Kepala

Urutan kulit kepala menggunakan minyak semula jadi seperti minyak argan, jojoba atau kelapa meningkatkan peredaran darah dan membantu pertumbuhan rambut. Lakukan urutan ringan 5–10 minit, semasa sebelum tidur atau sebelum mandi, untuk memberikan kesan relaksasi sambil memperkuat akar rambut.
3. Masker Rambut Semula Jadi

Sapukan masker rambut dari bahan semula jadi seperti pisang, avacado, madu atau yogurt. Masker ini berfungsi menambah kelembapan, merawat rambut kering dan juga masalah split ends. Masker juga membuatkan rambut terlihat lebih sihat dan bersinar. Biarkan selama 15–20 minit sebelum dibilas dengan air suam.
4. Lindungi Rambut Dari Haba dan Pencemaran
Gunakan pelindung haba sebelum mengeringkan rambut atau menggunakan alat styling. Selain itu, elakkan terlalu kerap menggunakan heat styling tools agar rambut tidak mudah rosak dan kering.
5. Pemakanan dan Hidrasi

Kesihatan rambut bermula dari dalam. Pastikan pengambilan protein, vitamin dan mineral mencukupi serta minum air secukupnya. Buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian membantu mengekalkan kekuatan dan membantu rambut lebih berkilau secara semula jadi.
Dengan rutin penjagaan rambut semula jadi ini, rambut bukan sahaja kelihatan lebih sihat, tetapi juga lebih mudah diurus, lembut dan bersinar menjelang Hari Raya.
Artikel berkaitan: 7 Salon Rambut Terbaik di Lembah Klang Untuk Persiapan Perayaan
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
