6 Jenama Lokal Milik Selebriti Wanita Malaysia
Selain dari memberi inspirasi sebagai seorang selebriti di Malaysia, mereka juga aktif dalam mengendali jenama lokal masing-masing.
Industri fesyen di Malaysia tidak hanya dipenuhi oleh jenama-jenama besar, tetapi juga oleh jenama lokal yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Lebih menarik lagi, banyak jenama-jenama ini dimiliki oleh selebriti terkenal yang menggunakan platform mereka untuk mencipta peluang perniagaan serta menginspirasi ramai orang. Selebriti-selebriti ini bukan sahaja berbakat dalam bidang seni, tetapi juga dalam dunia perniagaan, memperkenalkan produk-produk yang tidak hanya berkualiti, tetapi juga mempunyai cerita yang memberi makna. Mereka menawarkan pelbagai pilihan dari fesyen, kecantikan, hingga keperluan harian, dengan memberikan tumpuan pada kualiti untuk semua lapisan masyarakat.
#1 Naelofar
Sudah hampir 11 tahun aktif, Naelofar yang dimiliki oleh selebriti ternama Malaysia, Neelofa masih teguh dengan koleksi-koleksi mereka. Dengan misi untuk menyediakan pilihan berkualiti premium pada harga yang mampu milik, rangkaian hijab, pakaian, beg, dan aksesori bergaya, jenama lokal Naelofar telah berjaya memikat hati pencinta fesyen sederhana di seluruh dunia, termasuk Singapura, Indonesia, Dubai, Jerman, UK, AS, dan banyak lagi.
#2 SHALS
SHALS adalah jenama lokal yang memperkenalkan gaya unik dan trendy dalam pakaian harian anda. Mereka bertujuan untuk menawarkan suara baru melalui fesyen dengan menyediakan potongan-potongan yang versatil dan trendy sebagai asas pakaian harian yang memenuhi keperluan lelaki dan wanita. Dimiliki oleh hos televisyen dan pempengaruh Shalma Ainaa, SHAL telah berada dalam dunia fesyen selama 10 tahun. Misi Shalma adalah untuk membawa angin perubahan melalui rekaan kontemporari yang bukan sahaja membuat anda kelihatan baik tetapi juga membantu anda merasa baik sepanjang perjalanan.
#3 TK by Tyra
Dimiliki oleh pempengaruh dan selebriti Tyra Kamaruzzaman, TK by Tyra dilancarkan pada bulan Mac tahun 2024. Tyra sebelum ini sudah terkenal dengan jenama solekannya sendiri, Beautyra. Kini, pempengaruh molek ini ingin memperbaharui imej jenamanya dengan lebih matang dan elegan. TK by Tyra bukan sahaja jenama lokal yang muncul dengan rangkaian pemerah pipi ikonik. Mereka kini mengeluarkan produk seperti wangian badan dan gincu juga.#4 Ellemkay
Baru sahaja dilancarkan pada 8 Disember 2024 yang lalu, Ellemkay yang dimiliki oleh Ameera Khan ini menerima sambutan yang hangat. Berimpian untuk mencipta produk yang memberi efek effortless dan mudah untuk digunakan, Ameera melancarkan pemerah pipi cecair di Ellemkay. Didatangi dengan dua warna yakni darling dan kisses, jenama lokal ini sesuai untuk look solekan yang kemas dan mudah.
#5 Asly
Ditubuhkan pada tahun 2018, Asly adalah jenama fesyen tempatan yang menghasilkan baju atas saiz besar. Rekaan mereka datang dalam pelbagai warna, dihiasi dengan logo mereka. Dimiliki oleh pempengaruh dan pengacara Yaya Zahir bersama suaminya, jenama lokal ini pernah berkolaborasi bersama jenama fesyen jalanan, SVG. Nama unik jenama ini sebenarnya datang dari perkataan ‘asli’ dan ditukarkan kepada Asly, sempena nama Yaya yang bermula dengan huruf Y.
#6 Nana Mahazan International
Jenama lokal yang terakhir ini dimiliki oleh pelakon Nana Mahazan. Misi mereka adalah untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi, berkesan, dan mampu milik melalui tiga jenama, Nana Mahazan Beauty, Sisterhood untuk keperluan gaya hidup, dan SelaukNana untuk sambal mereka. Alami gabungan sempurna antara inovasi dan tradisi, dan nikmati kualiti unggul dalam setiap aspek kehidupan anda.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
