6 Rahsia “No Make-Up Look”

GLAM kongsikan produk perlu ada untuk mendapatkan solekan natural yang dikenali sebagai “no make-up” look dengan mudah!

1. Primer

zoom_be6127fb25624ec41d3a489e65436917203d0343_1445931371_B-PROPR010_BACKLIGHT_PRIMING_FILTER_500_WEB

Becca, RM179

Primer adalah asas paling utama untuk memastikan solekan bertahan sepanjang hari. Pilih primer bebas minyak untuk mendapatkan solekan flawless.

2. Bedak Asas

zoom_138c4beae8183a4750bd06977987e8df59368475_1420564332_3CE_CreamFoundation_LightVanilla

3CE, RM121

Bedak asas terdiri daripada beberapa jenis tekstur iaitu cecair, krim, mousse dan kompak kusyen. Ia penting untuk meratakan tona kulit dan menutup cela di wajah. Untuk hasil lebih natural, guna bedak asas bertekstur mousse.

3. Highlighter

closeup_be6a9ea39081d8a40ce26d0337b9084d74f14cff_1442463442_IB39_HIGH-BEAM_WEB

Benefit, RM115

Highlighter berfungsi untuk membuat kulit anda kelihatan segar dan “dewy”. Oleskan pada tulang pipi, hidung dan lekuk bibir.

4. Pemerah Pipi

zoom_759bfd5d1bd7db8edf19c1c3bf31e87237e5aa8e_1446130051_blissful_web

Tarte, RM122

Pemerah pipi berfungi untuk menaikkan seri wajah. Pastikan anda memilih warna lembut supaya tidak kelihatan keterlaluan.

5. Kening

Shu Uemura, RM100

Kening adalah fokus utama yang menjadi tarikan pada wajah. Pilih penggaris kening jenis maskara untuk hasil lebih natural.

6. Bibir

zoom_7c33b48842afc8fe76c49c9690e4b8680ecef167_1468902008_vicelipstick_metalized_gubby_WEB

Urban Decay, RM70

Pilih tona warna nude/blush yang sesuai dengan kulit supaya tidak kelihatan pucat.

 

Gambar: Sephora Malaysia

POST A COMMENT