Tip Lukis Kening Sempurna

Backstage_1

Gambar: Arkib GLAM 


 
Dulu, ramai yang kurang menitikberatkan solekan untuk kening. Kening merupakan salah satu bahagian penting dalam riasan wajah. Jika kemasan kening tidak kemas, ia mampu mencacatkan penampilan keseluruhan wajah. GLAM kongsikan beberapa tip untuk dapatkan solekan kening yang kemas dan sempurna.
 
Kenal pasti bentuk kening anda terlebih dahulu. Ada kening yang berbentuk serong, natural, tipis, tebal dan sebagainya. Jika anda tahu jenis bentuk kening anda, mudah buat anda untuk membentuk kening anda.
 
Gunakan berus kening (eyebrow brush) untuk merapikan bulu kening anda.
 
Lukiskan garisan pada bahagian bawah kening menggunakan pensel kening dengan rona warna coklat. Jangan tekan terlalu kuat untuk melukis garisan di bawah itu, sebaliknya lukis dengan perlahan-lahan dan lembut. Jika tidak, kening anda tidak akan kelihatan natural.
 
Dengan menggunakan pensel kening bewarna coklat, lukiskan garisan kening pada bahagian atas juga. Pastikan garisan itu bertemu di hujung.
 
Seterusnya, warnakan dengan layangkan pensel kening atau berus menggunakan pembayang mata berona coklat gelap di dalam kawasan yang telah bergaris itu.
 
Ratakan keseluruhan bahagian kening sehingga ke hujung kening dengna lembut.
 
Lakukan perkara yang sama pada bahagian kening sebelah. Pastikan kedua-dua kening dilukis dengan bentuk yang sama.
 
Sapukan dengan berhati-hati bahagian hujung kening bagi mengelakkan ia tampil lebat. Hujung kening perlu tampak tajam bagi memberikan hasil yang cantik.
 
Gunakan berus kening yang hujungnya sedikit senget (slanted) bagi merapi dan mengemaskan kening.
 
Sumber: Jelita

POST A COMMENT