Daripada 400 tetamu, Sofea Shra antara 20 individu terpilih bertemu Huda Kattan di London! Lihat bagaimana busana Thalia Atelier buat Huda Kattan jatuh cinta.
Siapa sangka, dari sekadar ‘main masak-masak’ di TikTok, kini nama Sofea Shra gah meniti di bibir peminat kecantikan antarabangsa! Baru-baru ini, pempengaruh kegemaran Malaysia ini telah terbang ke London sebagai wakil tunggal negara untuk pelancaran haruman terbaru Huda Beauty, Easy Bake Intense. Namun, apa yang mencuri tumpuan bukanlah sekadar wangian tersebut, tetapi gaya glam yang dibawa Sofea yang cukup menawan.

Eksklusif 10 Minit Yang Mengubah Segalanya
Apa yang membuatkan kunjungan ini lebih bermakna adalah betapa eksklusifnya layanan yang diterima Sofea. Daripada hampir 400 orang tetamu jemputan dari seluruh dunia, hanya 20 orang individu terpilih sahaja yang diberi peluang keemasan untuk sesi one-to-one bersama pengasas empayar kecantikan global, Huda Kattan. Setiap slot pula sangat terhad, iaitu hanya 10 minit bagi setiap sesi. Namun, dalam masa yang singkat itulah Sofea berjaya meninggalkan impak yang cukup besar!
View this post on Instagram
Tampil mempesona dalam persalinan daripada Thalia Atelier yang dipadankan bersama kain pario, Sofea membuktikan bahawa busana sentuhan pereka tempatan mampu berdiri setanding dengan jenama high-fashion dunia. Aura Main Character Sofea sangat terserlah sehingga menarik perhatian Huda sendiri yang tidak putus-putus memuji penampilan Sofea sebagai “expensive, elegant”, and royal. Lebih manis lagi, Sofea turut menghadiahkan sepersalinan kebaya kepada Huda. Gelagat Huda yang begitu teruja sehingga terus menyarung dan enggan menanggalkan baju tersebut membuktikan betapa kuatnya impak budaya Malaysia jika digayakan dengan kelas yang tersendiri. “I feel like a queen!” ujar Huda dengan nada kagum.

Momen Sofea berjaya membawa identiti negara ke acara antarabangsa dengan gaya yang sangat sofistikated dengan membawa martabat budaya Malaysia ke persada antarabangsa dengan gaya tersendiri.
Artikel berkaitan: 7 Haruman Floral-Woody Yang Menggoda Pasangan
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
