Rambut Dibiar Kering Lebih Mudah Rosak Berbanding Guna Pengering Rambut?
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioRamai yang menyangka mengeringkan rambut secara semula jadi lebih baik berbanding menggunakan pengering rambut.
Terdapat satu fakta yang mengejutkan bahawa mengeringkan rambut secara semula jadi mungkin lebih merosakkan berbanding menggunakan pengering rambut, bergantung pada cara yang kita lakukan. Hal ini turut diperakui oleh pendandan rambut Dejan Garz menerusi laporan Vogue.
“Walaupun kita semua tahu tentang kerosakan akibat panas namun, mengeringkan rambut dengan pengering sebenarnya lebih lembut untuk kebanyakan jenis rambut,” jelasnya.
Rambut basah berisiko rosak

Rambut mudah rosak ketika basah kerana syampu dan air suam membuka lapisan kutikel, meningkatkan risiko kerosakan akibat geseran. Bagi rambut yang diwarnakan atau dirawat menggunakan bahan kimia, penggunaan pengering rambut adalah penting untuk mengeringkan rambut dengan cepat dan mencegah daripada terus rosak.
Namun, sekiranya tidak pernah mewarnakan rambut dan jarang menggunakan alat styling seperti straightener atau curler, rambut yang dibiarkan kering secara semula jadi sepanjang hari mungkin tidak terdedah dengan risiko tersebut.
Dalam pada itu, Garz juga memberi amaran untuk tidak tidur dalam keadaan rambut basah, kerana geseran yang berpanjangan dengan bantal boleh menyebabkan kerosakan dan akhirnya hujung rambut bercabang.
Apa pun cara yang dipilih, penggunaan tuala microfiber dapat memberikan perbezaan ketara dalam penyerapan air pada rambut, menjadikan proses lebih cepat kering. “Tuala yang dibungkus di kepala hanya perlu dibiarkan selama beberapa minit hingga rambut sedikit kering, bukan selama dua jam,” tambahnya.
Cara mengeringkan rambut dengan pengering yang betul (dan lembut!)

Mengering rambut dengan cara yang betul sangat penting. Pertama sekali, gunakan heat protection sebelum menghidupkan pengering rambut dan set pada suhu tahap sederhana. Menggunakan suhu yang terlalu panas boleh merosakkan rambut, sama seperti mengeringkannya secara semula jadi.
Untuk hasil terbaik, pegang pengering rambut supaya aliran udara bergerak dari akar ke hujung. Ini bermakna rambut dikeringkan dalam keadaan terbalik. Jika tidak, rambut anda mungkin akan menjadi kusut dan kerinting.
Ambil masa untuk mengeringkan rambut dengan membahagikan beberapa bahagian, bermula dari akar dan ke arah hujung rambut. Gunakan berus bulat untuk menambah kelembutan dan volume. Kemudian, akhirinya dengan suhu sejuk untuk menutup kutikel rambut, memastikan bentuk dan volume rambut anda kekal sepanjang hari.
Artikel Berkaitan: Pengering Rambut Pilihan Jisoo
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
