fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Tiru Dandanan Ikonik Puteri Diana!
Hailey Baldwin dan Taylor Hill Untuk L’Oréal Professionnel 2017
Kempen Sephora ‘Unwrap Their Beautiful’ Serba Interaktif 3D
Rouge Dior Baharu Tampil Dengan 75 Warna
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Home > Cantik > 7 Haruman Floral-Woody Yang Menggoda Pasangan

7 Haruman Floral-Woody Yang Menggoda Pasangan

Cari haruman menggoda pasangan untuk tahun 2026? Inia 7 pilihan minyak wangi Floral-Woody yang paling ikonik untuk cerminan wanita elegan dengan sentuhan sensual yang sukar dilupakan. 

Gabungan Floral-Woody kini diangkat sebagai senjata rahsia buat setiap wanita yang ingin menawan hati pasangan dengan cara yang lebih halus namun memberi impak yang tinggi.  Ia bukan sekadar bau bunga-bungaan yang ‘manis’, tetapi diseimbangkan dengan nota kayu-kayuan. Kehadiran elemen woody ini bukan sahaja memberikan karakter yang lebih grounded dan teguh, malah menyuntik sentuhan sensual yang cukup mendalam untuk menggoda pasangan anda!

Ini adalah 7 senarai wangian yang wajib ada dalam koleksi anda

1. Gucci Bloom Intense

Bayangkan sebuah taman bunga di tengah malam. Nota Night-blooming Jasmine yang kuat diseimbangkan dengan Patchouli dan Moss, Gucci Bloom Intense memberikan kesan yang sangat sensual dan memikat.

2. Louis Vuitton

Ambre Levant Satu adunan mewah yang menggabungkan white pepper dan saffron bersama kehangatan ambergris. Kehadiran nota bunga putih yang diadun bersama kayu-kayan mineral memberikan impak ‘mahal’ yang tidak boleh dipandang rendah.

3. Kilian Paris

Her Majesty Inspirasi daripada musim sakura di Kyoto, ini merupakan Chypre pertama daripada Kilian. Gabungan mawar dan cedarwood memberikan aura ‘feminin yang berkuasa’ sesuatu yang pasti akan membuatkan pasangan anda menoleh dua kali.

4. Diptyque Orphéon

Diptyque Orphéon ini adalah definisi wangian “cool girl”. Ia menggabungkan bunga ros yang segar dengan debu kayu cedar. Baunya seperti memori di bar jazz yang eksklusif, nostalgik, dan sangat menggoda.

5. Guerlain

Cherry Blossom Millésime Karya seni dalam botol edisi terhad Swarovski ini mengekalkan nota sakura dan jasmine, namun diperkuatkan dengan white musk yang memberikan kesan ‘skin-scent’ yang sangat menggoda apabila berada dekat dengan pasangan.

6. Van Cleef & Arpels 

Fleur de Nuit Kombinasi tuberose dan milky vanilla di atas dasar kayu yang elegan. Wangian ini sangat creamy dan polished, sesuai untuk wanita yang menghargai estetika quiet luxury.

7. Loewe

Aire Sutileza Elixir Lebih pekat dan berkarakter dengan campuran bunga liar dan nota kayu yang diinspirasikan dari landskap Mallorca, ia adalah bauan yang segar namun punya depth yang sangat seksi.

Artikel berkaitan: Ini Cara Re-apply Sunscreen Tanpa Kacau Solekan