Anugerah Drama Sangat,Ini 5 Selebriti Tampil Paling Cantik Pilihan GLAM
Meriah berlangsungnya Anugerah Drama Sangat malam tadi. Dihadiri ramai selebriti tanah air, antaranya Anna Jobling, Nabila Huda, Misha Omar dan ramai lagi. Siapakah yang tampil paling cantik malam itu? Ayuh, GLAM senaraikan glam look kegemaran kami!
Antara anugerah yang dinanti-nantikan oleh peminat di Malaysia, Anugerah Drama Sangat 2023 anjuran TV3 ini diadakan malam tadi dan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Lebih meriah apabila gandingan hos yang mantap menjadi pilihan iaitu Sherry Alhadad juga Sharifah Shahira. Mempertandingkan 14 kategori dan telah menyaksikan drama Suamiku Lelaki Pendosa diangkat sebagai Drama Terbaik.
Manakala, Drama Novel Adapatasi Terbaik dimenangi oleh drama Melur Untuk Firdaus. Pelbagai lagu kategori dipertandingkan antaranya Pengarah Terbaik (Eyra Rahman), Penulis Skrip Terbaik (Wan Mahani Wan Hassan & Maizura Mohd Ederis), Pelakon Lelaki Terbaik (Datuk Aaron Aziz), Pelakon Wanita Terbaik (Ummi Nazeera), Pelakon Lelaki Popular (Redza Rosli), Pelakon Wanita Popular (Anna Jobling), Pelakon Antagonis Terbaik (Gambit Saifullah), Pasangan Drama Terbaik (Anna Jobling & Meerqeen) dan OST Terbaik
GLAM turut tertarik dengan sebilangan selebriti tanah air yang hadir melewati karpet merah. Cukup cantik dan tampil penuh glamor malam itu. Antaranya seperti Nabila Huda, Anna Jobling, Marsha Milan dan ramai lagi.
Selebriti Pilihan GLAM Tampil Paling Cantik
#2 Sherry Alhadad
Tidak pernah menghampakan! Sherry Alhadad senantiasa tampil on point tiap kali mengacara di atas pentas anugerah berprestij. Solekan penuh glamor hasil magis Adik Zwan. Memilih solekan mata sebagai titik tumpuan dan dipadankan dengan gincu bibir rona nude. Rambut pula didandan ala finger wave yang popular era 20-an dengan tatahan batu kemilau rona merah jambu menyinari gaya Sherry malam itu.

Gambar: @adikzwan
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sentiasa Tegang & Awet Muda?
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Bila ‘Drive Safe’ Tidak Lagi Kedengaran Biasa…
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
