Ini Rahsia Untuk Dapatkan Kulit Flawless & Berseri
Tidak kira muda mahupun tua, semua orang inginkan kulit flawless, licin dan gebu bak sutera. Rata-rata sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan kulit sempurna tanpa cela.
Trend kecantikan terkini pastinya bermula dengan K-beauty yang mana kulit tanpa liang-liang pori jelas dan smooth menjadi dambaan. Fenomena daripada glass skin hingga glazed donut skin melibatkan rutin penjagaan kulit kadang kala hingga tujuh atau 11 langkah.
Usah risau, jika anda baru ingin berjinak dengan penjagaan kulit yang baik, GLAM ada beberapa tabiat dan tips untuk dapatkan kulit flawless dengan berkesan.
Pencarian untuk kulit yang sempurna selalunya tertumpu pada faktor-faktor luaran seperti produk dan rutin penjagaan kulit. Walau bagaimanapun, salah satu langkah yang paling berkuasa dalam rutin kecantikan anda terletak pada: pengurusan tekanan.
Stress sememangnya memberi kesan negatif secara fizikal dan mental, di samping mewujudkan jerawat, jeragat, kulit kusam dan penuaan pramatang. Tahukah anda bahawa stress mencetus tindak balas hormon yang boleh memberi kesan jelas pada kulit? Peningkatan tahap kortisol, iaitu “hormon tekanan,” boleh menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan, keradangan dan halangan kulit yang terjejas.
Oleh sebab itu, sekiranya anda stress, anda digalakkan untuk relaks selama mana yang boleh. Berehat bukan sahaja dapat memberi tenaga kepada tubuh, ia juga dapat mengembalikan seri wajah seseorang. Selain tidur, anda juga boleh kurangkan stress dengan bersenam, lakukan aktiviti kreatif seperti mewarna ataupun luangkan masa di spa.
Mengekalkan muka yang lembap sangat penting bagi mengelakkan kekeringan pada kulit berlaku. Moisturiser memainkan peranan penting bagi mengelakkan wajah menjadi kusam!
Ini kerana kulit yang terhidrat dengan baik adalah kanvas kulit flawless. Pelembap atau moisturiser bertindak sebagai penggalak penghidratan bahkan dengan penghidratan yang betul kulit akan menjadi lebih anjal, garis-garis halus atau kedutan akan berkurangan dan wajah tampil awet muda.
Mendapatkan kulit yang sempurna adalah usaha holistik yang merangkumi penjagaan kulit, pilihan gaya hidup sihat dan amalan penjagaan diri baik. Dengan mengikuti panduan komprehensif ini, kulit anda juga boleh tampak lebih berseri dan menawan. Ingat, kunci untuk mendapatkan kulit flawless tidak mudah namun ia boleh dikecapi dengan langkah langkah yang betul dan konsisten.
Artikel berkaitan: 40 Mitos Cantik Ramai Wanita Masih Percaya Sehingga Sekarang (Bahagian 1)
Tabiat Baik Untuk Dapatkan Kulit Flawless
Sebelum melakukan rutin penjagaan kulit anda ini, ingat bahawa tekstur kulit adalah perkara yang normal dan natural. Tiada siapa pun mempunyai kulit tanpa liang pori seperti glass namun dengan produk yang betul dan teknik aplikasi baik anda boleh cuba mendapatkan keputusan yang hampir sama mencuba tabiat ini setiap hari.
Foto: Freepik
1. Mereka yang miliki kulit flawless tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari
Untuk dapatkan kulit bak porselin dan menawan, anda perlu utamakan tidur sebagai elemen penting dalam rutin penjagaan kulit anda. Namun begitu, pastikan tidur anda adalah tidur yang nyenyak bukannya tidur yang kerap terjaga. Semasa tidur nyenyak, badan anda membaiki dan menjana semula sel, lantas ini memberikan penampilan yang lebih segar dan bertenaga pada kemudian hari. Selain itu, jika anda tidur lewat, anda akan nampak pada keesokan harinya mata sembab atau muncul dark circles. Bahkan wajah juga nampak bengkak dan tidak bermaya. Jadi dapatkan tidur yang secukupnya setiap malam!2. Mereka menghindarkan diri dari gula berlebihan
Benar apa mereka kata, “you are what you eat”. Sekiranya anda telah memakai semua produk kecantikan mengikut langkah yang dicadangkan namun masih tidak mendapat hasil yang memuaskan, tiba masanya untuk anda melihat pemakanan anda. Pengambilan gula secara melampau bukan sahaja mendorong bertambah berat, ia juga dapat mempercepatkan proses penuaan wajah. Ini kerana gula mencetuskan proses yang dipanggil glikasi, di mana molekul gula melekat pada protein, termasuk kolagen dan elastin, yang membawa kepada pembentukan produk akhir glikasi lanjutan (AGEs). AGEs mempercepatkan proses penuaan dengan menyebabkan kulit menjadi kurang anjal, menyebabkan kedutan, garis halus dan kendur. Jadi put down that sugary drinks, dan minum air kosong sahaja.3. Mereka mengenal erti relaks

Foto: Freepik
4. Mereka melindungi kulit mereka dari cahaya matahari
Ya benar, matahari memberi anda Vitamin D yang mudah dan cepat namun begitu pancaran matahari yang berlebihan boleh membawa padah. Tidak kira hari hujan mahupun cerah, anda perlu lindungi kulit anda daripada sinar UV berbahaya dengan menyapu krim pelindung matahari spektrum tinggi setiap hari. Bergantung kepada jenis kulit anda juga, anda boleh pilih krim pelindung matahari tekstur berbeza seperti gel-based atau thick lotion. Krim pelindung matahari bertindak sebagai mekanisme pertahanan terhadap sinaran UV matahari, yang juga punca utama penuaan pramatang. Pendedahan matahari yang berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan kolagen dan serat elastin, mengakibatkan kedutan, garis-garis halus dan kulit kendur. Dengan memakai krim pelindung matahari setiap hari, anda mencipta penghalang yang membantu mengekalkan keanjalan dan keserian kulit anda lantas kulit flawless dapat dicipta.5. Mereka mengunakan moisturiser setiap hari

Foto: Freepik
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
