Aroma Tenang Armani Privé IRIS BLEU
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioMenawan dalam nuansa biru, koleksi Armani Privé Haute Couture Fragrances hadir dengan wangian mewah terkini, IRIS BLUE.

Segar, halus, dan elegan itulah aroma yang berlegar IRIS BLEU yang mengajak anda dalam perjalanan sensori yang menakjubkan ke Mediterranean, di mana setiap nuansa biru laut dan langit berpelukan dalam harmoni yang menawan. Koleksi Les Eaux memperkenalkan permata baharu iaitu Iris Bleu, ianya satu warisan kemewahan yang berterusan.

Sejak 2004, Giorgio Armani telah menterjemahkan intipati koleksi Haute Couture ke dalam wangian unik yang menggunakan bahan-bahan berharga dan halus, menyampaikan kesempurnaan yang tiada kompromi. Koleksi Armani Privé Haute Couture Fragrances merangkumi empat koleksi wangian seperti Les Eaux, La Collection, Les Terres Précieuses dan Les Mille et Une Nuits.

Yang terbaharu, IRIS BLEU, adalah pengalaman olfaktori yang menenangkan dan mengangkat jiwa, menyatukan nota iris serbuk yang lembut, jasmine yang halus, dan musk putih yang merangkul. Dicipta daripada bahan mentah yang paling berharga, wangian halus ini dengan warna biru yang lembut mengangkut pemakainya ke infiniti laut dan langit Mediterranean. Dicipta oleh pakar wangian Dora Baghriche dari FIRMENICH, wangian ini dibuka dengan percikan hijau yang menawan, menangkap cahaya yang menari di atas Mediterranean sebelum maghrib. Nota galbanum yang segar, hampir hijau dan rangup, mencipta kontras yang memikat dengan sitrus terang bergamot Calabrian yang dicium matahari dan lemon menganyam aura botanikal yang menggembirakan sekaligus menyegarkan dan menenangkan.

IRIS BLEU mencapai klimaks dalam akord musk putih yang tenang. Asas ini memberikan sensualiti yang bersih kepada wangian, manakala cedarwood Virginia menambah aroman kayu yang kering. Sentuhan guaiac wood pula melengkapkan jejak lembut dan berlarutan wangian ini.
Artikel berkaitan Tiru Gaya Solekan Armani beauty oleh Sahir Sabri Dan Nia Atasha
Koleksi ini juga terterjemahkan oleh tiga personaliti terkenal Malaysia yang hadir dengan keanggunan yang mempesona, Scha Al-Yahya, Marion Caunter, dan Elvina Mohamad. Ketiga-tiga personaliti glamor ini memancarkan inspirasi elegan.

Artikel berkaitan Tiru Gaya Solekan Armani beauty Oleh Ady Razak Dan Azira Shafinaz
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
