Pengalaman Wangian Bersama GLAM Beauty Club X Burberry Goddess
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioBuat pertama kalinya GLAM Beauty Club berkolaborasi bersama jenama wangian, Burberry yang berlangsung dengan kehadiran Beauty Connoisseur, Eyka Farhana, ahli GBC dan jurusolek selebriti Shiyo Joo.

Sesi pengalaman wangian bersama Burberry ini memperkenalkan wangian terbaharu Burberry Goddess Eau de Parfum Intense. Beauty Connoisseur pilihan, Eyka Farhana dan Pengarah Kecantikan GLAM, Julia Azman memula sesi tersebut di mana mereka telah berkongsi pendapat tentang wangian ikonik ini disaksikan oleh ahli GLAM Beauty Club.

Burberry Goddess Eau de Parfum Intense merupakan wangian yang aromatik dan berkayu. Trio istimewa vanila yang berbeza daripada Goddess Eau de Parfum asal diperhebatkan dengan kayu vanila keempat. Ia mempunyai karakter smoky yang memberikan haruman yang kuat. Aroma vanila kemudiannya digabungkan dengan esensi lavender, memberikan keseimbangan aromatik.
Diinspirasikan oleh warna matahari terbenam, Burberry Goddess Eau de Parfum Intense didatangkan dalam botol elegan berbentuk empat segi yang dihiasi dengan pingat emas. Seperti wangian Goddess asal, Burberry Goddess Intense direka untuk diisi semula dan merupakan wangian vegan.

Sesi pengalaman wangian ini diteruskan dengan kehadiran jurusolek selebriti Shiyo Joo. Apa yang lebih istimewa, salah seorang ahli GBC berpeluang mendapatkan sentuhan solekan daripada Shiyo menggunakan produk kosmetik Burberry. Jurusolek selebriti ini juga berkongsi bahawa seseorang hanya perlu mempertingkatkan solekan peribadi tanpa perlu meniru gaya solekan orang lain. Untuk melengkapkan sesi demostrasi solekan, Shiyo menyembur haruman Burberry Goddess bagi menyempurnakan keseluruhan penampilan.

Seramai 20 ahli GLAM Beauty Club terpilih berpeluang mengikuti sesi pengalaman wangian bersama Eyka Farhana di ruang pop-up Burberry.
Ahli GLAM Beauty Club tidak pulang dengan tangan kosong kerana Burberry turut menyediakan hadiah istimewa untuk setiap ahli iaitu cenderahati bernilai RM250. Sesi pengalaman wangian GLAM Beauty Club X Burberry Goddess ini berjalan dengan lancar dan ahli GBC juga berpeluang untuk menikmati keseluruhan acara dan meneroka wangian terbaharu ini.
Dapatkan produk ikonik Burberry di laman rasmi Sephora atau kunjungi ke butik Burberry berdekatan dengan anda.
Artikel berkaitan: Sesi Pengalaman Wangian GLAM Beauty Club X Burberry Goddess
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
