Model terkenal dan juga seorang ibu, Adriana Lima baru-baru ini mengumumkan kerjasama bersama dengan jenama sukan terkenal PUMA, telah melancarkan kasut latihan wanita baru yang dipanggil Zone XT, direka khas untuk latihan daya tahan dan aktiviti intensiti tinggi. Adriana, duta global PUMA untuk segmen Latihan Wanita dipilih menjadi wajah kempen ini dan dipaparkan beliau menunjukkan beberapa langkah latihan terbaik dengan kasut tersebut.

PUMA Zone XT diilhamkan oleh zon di mana kemajuan berlaku, detik apabila kelajuan jantung meningkat, membolehkan tubuh membakar lemak dengan lebih efisien, juga meningkatkan daya tahan dan meningkatkan kadar metabolisme. Antara faedah utama kasut latihan terbaru ini termasuk aspek sokongan, cengkaman sisi dan struktur kusyen untuk keselesaan maksimum – menjadikan Zone XT sesuai untuk semua jenis latihan, terutamanya latihan jarak intensiti tinggi (HIIT).

Antara keistimewaan yang ditawarkan adalah ia menggabungkan dua teknologi inovatif PUMA, iaitu IGNITE FOAM dan NRGY beads, yang menjanjikan keselesaan kepada si pemakai. Selain itu, cengkaman tapak luaran yang diperbuat dari getah memberikan daya ketahanan maksimum untuk semua jenis latihan. Ia turut direka untuk memberi sokongan yang penuh untuk keseluruhan sesi latihan. Corak garisan yang diinspirasikan dari garisan kadar denyutan jantung adalah simbolik untuk usaha yang diperlukan untuk kekal mencabar batasan ketika di sesi latihan.

Sesuai dilancarkan pada permulaan tahun baru ini, kasut Zone XT amat sesuai untuk membantu anda mencapai azam tahun baru yang berkaitan dengan rejim latihan. Zone XT PUMA boleh dibeli bermula 10 Januari di semua kedai-kedai PUMA, Al-ikhsan, Life Habitat Sunway Carnival, RSH dan juga puma.com pada harga RM429.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
