Makeup Nikah YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Curi Tumpuan, Sentuhan Magis Ahmadani!
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioDalam dunia kecantikan tanah air, nama Ahmadani semakin dikenali sebagai jurusolek yang memiliki sentuhan magis. Jika sebelum ini Ahmadani merias wajah manis Izza Atirah, terkini, hasil tangannya sekali lagi menjadi perbualan selepas makeup nikah YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang sekarang tular di media sosial. Penampilannya tampak berseri, tenang dan cukup memukau di hari bahagia itu.
Berkongsi pengalaman, Dani mengakui dirinya berasa terharu apabila diberi kepercayaan menata rias Datin Paduka Seri Afzaa. “Gembira dan sedikit gementar,” ujarnya.
Persiapan dan proses makeup nikah Datin Paduka Seri Afzaa Fadini
Menurut Dani, proses makeup nikah pada hari itu berjalan seperti biasa, namun dengan perhatian lebih pada kemasan.
“Semua macam biasa macam saya selalu siapkan makeup untuk bride saya yang lain. Lebih kepada kekemasan makeup sahaja,” katanya.
Dani memastikan setiap langkah dilakukan dengan penuh cermat, daripada persediaan kulit sehinggalah ke sentuhan terakhir sebelum Datin Paduka Seri Afzaa melangkah ke pelamin.
Inspirasi dan konsep solekan

Berbeza daripada gaya diraja atau moden dramatik, Datin Paduka Seri Afzaa memilih penampilan yang lebih sederhana.
“Datin Paduka Seri cuma minta makeup yang kelihatan natural dan tidak keterlaluan, sesuai untuk majlis di dalam masjid. Datin Paduka Seri Afzaa ingin kelihatan segar dan menaikkan seri pengantin,” jelas Dani.
Pendekatan itu menonjolkan keanggunan semula jadi Datin Afzaa, menyerlahkan auranya tanpa perlu solekan tebal atau sarat.
Idea dan kepercayaan untuk makeup nikah

Menariknya, walaupun Dani diberikan kebebasan berkarya, Datin Afzaa turut menyumbang idea tersendiri.
“Datin Paduka Seri suka eyeliner yang tidak keterlaluan dan ada membuat pilihan warna untuk lipstik yang Datin inginkan. Selebihnya atas saya,” kata Dani lagi.
Sorotan LainCara Baru Untuk Lindungi dan Rawat Kulit Anda Setiap Hari
5 Sebab Drunk Elephant Sweet Biome Wajib Dimiliki
Bvlgari Perkenalkan Magnifying, Sebuah Pengalaman Baharu Dalam Memakai Haruman
6 Muslihat Tatarias
Good Girl Blush Eau de Parfum Pilihan Wanita GLAM
Duta Kecantikan Global Baru Burberry: Iris Law![]()
Gabungan rasa percaya dan komunikasi dua hala menjadikan hasil akhirnya tampak sempurna, feminin, lembut dan elegan.
Fokus dan pemilihan produk

Dani memberi tumpuan kepada complexion agar wajah pengantin kelihatan bersih dan tahan lama. “Fokus utama saya adalah pada complexion Datin Paduka Seri, ia mesti flawless, kemas dan sesuai untuk majlis siang,” katanya.
Untuk mencapai hasil itu, Dani memilih warna brown cool tone bagi solekan mata dan menggunakan Makeup by Mario Eyeshadow Palette serta foundation dari jenama sama untuk mendapatkan efek healthy skin finish look.
“Bibir pula dalam kumpulan cool tone tetapi sedikit pink, supaya kelihatan lebih manis dan segar,” tambahnya.
Produk utama dan tip buat bakal pengantin

Antara rahsia utama di sebalik makeup nikah seri wajah Datin Afzaa ialah dua produk utama iaitu foundation dan eyeshadow daripada Makeup by Mario. Kedua-duanya membantu menghasilkan kemasan yang natural dan tahan lama.
Dan bila ditanya apakah satu produk wajib dimiliki setiap pengantin, Dani tanpa ragu menjawab:
“Good eyeliner. Tom Ford Eye Defining Pencil long wearing, not smudging and super black.”

Dengan gabungan keyakinan, kesederhanaan dan teknik yang halus, makeup nikah YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini bukan sekadar memperlihatkan keindahan luaran, tetapi juga menggambarkan ketenangan dan aura elegan yang terserlah dari dalam.
Artikel berkaitan: DYTM Raja Muda Selangor & YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Selamat Diijab Kabul
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
