DYTM Raja Muda Selangor & YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Selamat Diijab Kabul
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioDuli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selamat diijab kabul dengan suri hati pilihannya, Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz pada 2 Oktober.

Foto: @selangorroyalofficial
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, bersama isteri, Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, selamat menjalani Istiadat Pernikahan Diraja yang diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Dalam Majlis Istiadat Pernikahan Diraja, Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini mengenakan busana pengantin serba putih yang menyerlahkan seri pengantin pada hari ini. Raja Muda Selangor juga tampil segak dan sedondon dalam busana rona yang sama. Akhirnya pada 2 Oktober, pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Foto: @selangorroyalofficial
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mengabadikan gambar kenang-kenangan bersama pasangan mempelai, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini seusai Istiadat Pernikahan Diraja di Istana Alam Shah. Istiadat Pernikahan Diraja ini disempurnakan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Selangor, YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Opir.

Foto: @selangorroyalofficial
Dua orang saksi pernikahan adalah YAM Tengku Panglima Raja Selangor Tengku Ahmad Shah Alhaj dan YAD Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj. Akad ijab dan kabul dimetrai tepat jam 10.08 pagi dengan sekali lafaz disusuli dengan 11 das tembakan meriam simbolik sempurnanya Istiadat Pernikahan Diraja.

Foto: @selangorroyalofficial
Tembakan kehormatan itu dijalankan pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) berpangkalan di Kem Sungai Buloh. Istiadat pernikahan yang dilakukan dengan penuh tertib mengikut adat ini, disaksikan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Foto: @selangorroyalofficial
Turut hadir dalam istiadat tertutup ini adalah Kerabat Diraja Selangor dan keluarga pengantin Diraja Perempuan serta sahabat handai kedua belah pihak.

Foto: @selangorroyalofficial
Artikel berkaitan: Kenali Cik Afzaa Fadini, Pilihan Hati Raja Muda Selangor
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
