Koleksi Mekap Pertama Moschino Bersama Sephora Collection
Moschino adalah satu jenama yang lazim dengan sifat playful dan eksentrik hasil visi pengarah kreatifnya Jeremy Scott dan elemen ini diterapkan ke dalam pakaian, aksesori, dan baru-baru ini dalam satu pengumuman ekslusif, solekan.
Melalui kolaborasi istimewa bersama Sephora Collection, mereka bakal melancarkan rangkaian solekan yang terdiri daripada tujuh produk dan bakal dilancarkan pada bulan hadapan.
A post shared by ELLE Canada (@ellecanada) on
“Saya sangat suka akan kuasa yang ada pada mekap dan cara ia mengubah mood kami. Ia meurpakan satu perkara yang indah,” ujar Scott dalam satu kenyataan.
Untuk menerapkan elemen Moschino ke dalam koleksi solekan ini, Scott memastikan jiwa Moschino boleh dilihat dengan jelas melalui rekaan dan warna terutamanya. Item tarikan dalam koleksi ini adalah merupakan teddy bear ikonik Moschino yang digelar Toy dalam bentuk palette pembayang.
Selain itu koleksi ini juga turut menampilkan glos bibir dalam bentuk rantai dan 3 set berus.
Berita gembira buat mereka yang memikirkan harga untuk setiap produk ini, tiada yang melebihi nilai harga $70.
“Saya menyedari bahawa golongan muda sangat menyukai hasil kerja saya, dan kadangkala mereka tidak mampu untuk mendapatkannya. Ini adalah cara saya untuk mempersembahkan Moschino tanpa mengorbankan kualitinya. Ia lebih mudah didapati. Saya ingin mengalu-alukan lebih ramai orang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Moschino.”
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
