Aqua Media Cologne Forte Body Range: Wangian Penjagaan Diri
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioDengan rangkaian produk badan Aqua Media Cologne forte daripada Maison Francis Kurkdjian yang baharu, setiap saat penjagaan diri menjadi peluang untuk menikmati wangian mewah dan meningkatkan sillage kegemaran anda.
Produk-produk ini memastikan kulit anda bukan sahaja dibersihkan tetapi juga diharumkan secara halus. Langkah seterusnya dalam ritual wangian baharu ini ialah Scented Body Lotion, yang meresap ke dalam kulit dengan pantas dan melembapkannya sambil menjadikan kulit lebih lembut dan anjal.
Satu cara baharu untuk memakai wangian, koleksi badan Aqua Media Cologne forte merakam bauan asli dengan sempurna, memberikan pengalaman deria yang tidak dapat ditolak.
Aqua Media Cologne Forte Body Range: Wangian Penjagaan Diri

Sambil mengekalkan intensiti dan kualiti wangian asal, Body Cleansing Gels and Scented Body Lotions kini menampilkan dalam botol yang elegan dan yang diperkemas. Scented Soaps juga didatangkan dalam pembungkusan baharu yang mencerminkan warna khas wangian asli.

Aqua Media Cologne forte Hand and Cleansing Gel sesuai untuk kegunaan harian di mana ia membersihkan kulit, mengharumkan badan dan tangan dengan lembut. Apabila bersentuhan dengan air, tekstur gel tersebut berubah menjadi buih yang wangi untuk keselesaan dan kesejahteraan deria. Bilas dan nikmati wangian sepenuhnya yang memberi kesegaran berpanjangan.
Aqua Media Cologne forte Scented Soap membersihkan kulit anda sambil mengeluarkan buih yang wangi, lembut dan bertekstur halus. Aqua Media Cologne forte dipertontonkan dalam ritual wangian ini, mencipta detik-detik kesegaran yang berkilauan. Kaya dengan campuran bergamot, verbena dan sweet fennel didedahkan pada kulit, menghasilkan pengalaman wangian yang benar-benar holistik dengan nota hijau. Wangian sabun ini juga dicap dengan monogram Maison, diperkaya dengan minyak kelapa dan membuatkan kulit anda sangat lembut dan hidrasi.

Aqua Media Cologne forte Scented Body Lotion berfungi melembapkan dan mengharumkan kulit dengan sillage halus yang akan terpancar dari setiap pergerakan anda. Sapukan kuantiti yang banyak pada kulit dan urut dengan perlahan-lahan. Teksturnya yang ringan dan menyenangkan diserap serta-merta oleh kulit, memberikan sensasi keselesaan serta-merta.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
