Capture Totale Le Sérum Rahsia Keremajaan Kulit Abadi
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioYang ditunggu-tunggu, Capture Totale Le Sérum hadir dengan potensi baharu dalam mengaktifkan semula keremajaan kulit dan efektif kepada setiap jenis kulit dan tona kulit.

Sains Dior membuktikan bahawa potensi penyatuan semula ketegasan lapisan epidermis boleh menghidupkan semula sel induk (mother cells) dalam dermo-epidermis. Keberkesanan ini telah ditunjukkan dengan bantuan protocol ujian sejagat. Transformasi ajaib ini sesuai untuk setiap jantina, setiap peringkat umur, jenis kulit dan warna kulit. Pengarang kecantikan GLAM terbang ke Tokyo, Jepun untuk sesi eksklusif pelancaran Capture Totale Le Serum

Menerusi penyelidikan LVMH, sel induk kini lebih kuat di persimpangan dermo-epidermis yang berpotensi menghidupkan semula kulit wajah dengan memaksimumkan kuasa agar lebih kukuh. Oleh itu,kajian menunjukkan keupayaan untuk menukar sel [β] kepada sel [⍺] yang berpotensi tinggi.
Dermo-epidermis yang berpotensi menghidupkan semula kulit wajah dengan memaksimumkan kuasa agar lebih kukuh.
Keunikan Longoza ibarat magnet utama buat Dior. Kemunculan “bunga phoenix” di tengah-tengah ekosistem di pulau Madagascar juga mengekspresikan sifat penjanaan semula yang luar biasa. Dior telah mengkaji dan menanam Longoza selama 30 tahun di taman yang dilindungi dan dikelilingi ekosistem prolifik terdiri daripada lebih 10,000 tumbuhan.
Artikel berkaitan Sambutan Istimewa Perjalanan Capture Totale
Pada 2022, Dior Science menemukan proses yang memaksimum kuasa alam semula jadi dengan teknologi bersih secara penapaian. Hanya dengan teknik ini membolehkan Dior melipatgandakan potensi penjanaan semula bunga ikonik ini.
Selama 30 hari pemakaian tanpa henti Le Serum akan memperbetulkan tanda penuaan secara radikal sebanyak 80 peratus
Proses penapaian ini mengaktifkan ekstrak Longoza yang menampilkan 85 molekul baharu yang terletak disebalik fungsi anti-penuaan Longoza. Dengan kehadiran teknologi berganda Dior Science, Longoza kini menembusi lebih dalam ke dasar kulit di antara lapisan dermo-epidermis yang akan bertindak ke atas sel induk hanya dengan masa 4 jam sahaja.
https://www.instagram.com/p/CnCpGq2tvdv/?utm_source=ig_web_copy_link
Rekaan botol melalui transformasi high-tech, tampak lebih elegan
Kulit akan terlihat lebih licin dan halus, dalam masa tujuh hari anda akan merasai kulit wajah lebih anjal dua kali ganda dan selama 30 hari pemakaian tanpa henti Le Serum akan memperbetulkan tanda penuaan secara radikal sebanyak 80 peratus. Rekaan botol melalui transformasi high-tech, tampak lebih elegan dan diperkemaskan lagi dengan ilham bergerigi serta terserlah lambang [⍺] sebagai simbol ketegasan. Botol ini diperbuat daripada kaca kitar semula sebanyak 20 peratus.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
