CHANEL Rouge Noir Pilihan Ikonik Wanita Moden
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioWarna ikonik CHANEL Rouge Noir yang lahir dari satu malam penuh inspirasi kini kembali dengan koleksi mekap serba eksklusif yang meraikan 30 tahun keanggunannya yang abadi antara merah dan hitam.

Rouge Noir. Dua warna legenda yang sarat dengan daya tarikan dan keberanian, misteri dan pendedahan. Sebuah komposisi dwi-warna yang sudah lebih 30 tahun menentang trend dan menegaskan wataknya, melampaui segala batasan. Dan watak macam mana? Setiap sapuan penuh tenaga dan gaya.
Rouge Noir mula mendominasi pentas peragaan fesyen saat pertunjukan Autumn-Winter 1994/95. Pengarah Kreatif Dominique Moncourtois, Heidi Morawetz, dan legenda Karl Lagerfeld sedang bereksperimen dengan pengilat kuku CHANEL untuk memberikan sentuhan segar. Inspirasi yang tidak terbatas, keberanian mereka mencampurkan merah dan hitam, bakat unik mereka menemui gabungan sempurna yang menangkap cahaya, menarik perhatian, dan memikat serentak.
Gabrielle Chanel adalah sumber inspirasi CHANEL Noir yang merevolusikan konsep keanggunan dan gaya. Dia membayangkan semula fesyen untuk wanita, membebaskan mereka daripada diktat dan konvensyen zaman itu. Seorang petualang dan usahawan yang tidak takut apa-apa. Selama 30 tahun berada dalam ruang yang selesa, tahun ini, di bawah visi kreatif Ammy Drammeh, ahli COMETES COLLECTIVE telah kembalikan CHANEL Noir dengan palet personaliti yang mendedahkan pelbagai dimensi istimewa lagi eksklusif. Palet warna lebih pelbagai dari merah ke hitam, memberi laluan kepada magenta dalam. Dalam koleksi ini, warna rose-grey dan mauve-brown berkilat menari di mata. Pink keunguan, coklat bata, mauve-beige, dan sudah tentu, Rouge Noir menghiasi bibir. Magenta terang terbentang megah di pipi.

Artikel berkaitan CHANEL Tampil Solekan Kosmik Untuk Holiday 2025
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


