MoRe by POSH: Destinasi Kecantikan & Wellness Baharu Untuk Wanita Hari Ini
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioMoRe by POSH hadir sebagai destinasi kecantikan dan wellness baharu untuk wanita masa kini yang menghargai ketenangan, keseimbangan dan hasil yang semula jadi. Terletak di Pavilion Kuala Lumpur, ruang eksklusif ini memperkenalkan konsep kecantikan moden yang lebih perlahan, peribadi dan bermakna, jauh daripada suasana salon yang tergesa-gesa.
Dalam dunia kecantikan hari ini, penjagaan diri bukan lagi sekadar rutin luaran, tetapi satu bentuk pemulihan diri. Pendekatan inilah yang menjadi teras pengalaman di MoRe by POSH, di mana setiap rawatan direka untuk memberikan keselesaan, ketenangan dan keyakinan dari dalam.
Lebih daripada sekadar tempat rawatan, MoRe by POSH dicipta sebagai ruang selamat untuk memperlahankan langkah, meluangkan masa buat diri sendiri dan menikmati pengalaman kecantikan bertaraf tinggi dalam suasana yang eksklusif.
Konsep kecantikan terkini berteras keseimbangan

Setiap pengalaman di MoRe by POSH dirangka dengan teliti daripada persekitaran yang estetik dan menenangkan, hingga layanan profesional yang bersifat peribadi. Konsep quiet luxury diterjemahkan melalui sentuhan lembut dan perhatian terhadap perincian, menjadikan setiap kunjungan lebih bermakna dan menyegarkan.
Rawatan eksklusif Needleless Scalp Micropigmentation (SMP)
Antara tarikan utama di MoRe by POSH ialah Needleless Scalp Micropigmentation (SMP), satu-satunya rawatan seumpamanya di Malaysia. Tanpa penggunaan jarum, rawatan ini membantu memperhalusi garis rambut serta meningkatkan ilusi kepadatan rambut dengan hasil yang halus, realistik dan selesa sesuai untuk mereka yang mengutamakan perubahan subtle.
Pengalaman kecantikan dan wellness menyeluruh MoRe by POSH

Selain rawatan SMP, MoRe by POSH menawarkan rangkaian perkhidmatan premium termasuk rawatan lash eksklusif mengikut ciri wajah, Signature Hair Wash & Blow yang menenangkan seperti ritual spa, perkhidmatan kuku, waxing profesional serta urutan relaksasi untuk keselesaan menyeluruh.

Dengan pendekatan yang tenang dan perkhidmatan bertaraf tinggi, MoRe by POSH menjadi destinasi ideal untuk mereka yang mencari pengalaman kecantikan dan wellness yang lebih peribadi dan berkualiti.
Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: Sesi Manicure di POSH Nail Spa
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
