Penjagaan kulit dan pelan tatarias solekan amat penting bagi bakal ratu sehari. Selain dari teknik solekan yang flawless, kecantikan kulit wajah juga perlu diambil kira untuk menaikkan lagi seri wajah. Rejim penjagaan kulit wajah yang baik perlu diamalkan agar kondisi wajah sedia mendapatkan tatarias terbaik dari jurusolek pilihan anda. GLAM senaraikan beberapa tips penjagaan wajah sebelum bersolek untuk bakal pengantin.
- Mulakan rejim penjagaan kulit sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun sebelum hari perkahwinan untuk memastikan kulit anda berada dalam keadaan baik dan sihat. Ada produk baru diguna memberi reaksi alahan kepada kulit dan ini akan mengambil masa sehingga dua bulan untuk memulihkannya.
- Di pagi hari bahagia, elakkan memakai losen, toner atau mana-mana produk di antara kulit dan solekan anda. Langkah ini akan membantu solekan anda kekal pada kulit dan bertindak baik apabila mula panas dan berpeluh. Ia akan menimbulkan garis-garis halus bila minyak wajah mula memecah.
- Pastikan jurusolek anda tahu tentang masalah kulit anda supaya mereka boleh menggunakan produkproduk tambahan jika perlu untuk membantu mencapai aplikasi terbaik.
- Sekiranya anda berpeluh atau menangis, usah menggesek kala mengelap. Ini akan merosakkan solekan perkahwinan anda. Sebaliknya cuba kedap lembut kawasan basah supaya ia senang diserap.
- Elak aplikasi pressed atau loose powder untuk menghilangkan kilatan pada wajah. Lawannya, gunakan kertas serap minyak untuk hapuskan minyak serta merta dan tidak mencomotkan solekan anda.
- Menambah usaha yang paling mudah dengan rutin harian juga bisa membantu kulit anda kelihatan sihat bercahaya. Dengan meminum lapan gelas air setiap hari, kurangkan pengambilan kafein, usah terlalu runsing merancang butiran majlis serta dapatkan rehat yang mencukupi. Selebihnya, serahkan tanggungjawab yang lain kepada jurusolek pilihan anda.
Sorotan Lain
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
BY Tyraa Bahari
May 29, 2026
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
BY Syafiqah Alkaf
May 28, 2026
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
BY Tyraa Bahari
May 26, 2026
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
BY Tyraa Bahari
May 22, 2026
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
BY Syafiqah Alkaf
May 21, 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
BY Syahirah Hussain
Jun 03, 2026
Gaya Hidup
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
BY Izzati Hailizam
Jun 02, 2026
Fesyen
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Fesyen
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
BY Marissa Suhaila
May 29, 2026
Fesyen
Dialog Fesyen: Yuleza
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Cantik
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
BY Tyraa Bahari
May 29, 2026
Cantik
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Cantik
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Terima yang terbaik dari dunia Glam!
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

