fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Neelofa Beri Reaksi Apabila Namanya Dipetik Dalam Satu Komen Melibatkan Fizikal
Zoe Kravitz ‘Liar Berparti’ Hujung Tahun Ini
Sejenak Bersama Adriana Adnan
Bella Hadid Bongkar Rutin Solekan Hariannya Di Tiktok
Back To Basic, Ini Kelebihan Penjagaan Kulit Dengan Bedak Sejuk
Home > Cantik > Coco Mademoiselle Inspirasi Wanita Moden

Coco Mademoiselle Inspirasi Wanita Moden

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Wangian membangkitkan keghairahan yan tidak terkawal. COCO MADEMOISELLE haruman ikonik ini memasuki fasa baharu lebih memikat hati.

Komposisinya lebih moden dan segar. Harumannya direka khas untuk individu yang punya cita rasa unik dan anggun. Sekali semburannya, membibit momen dan saat paling luar biasa. Chanel hadir dengan perspektif baharu buat barisan eksklusif COCO MADEMOISELLE yang dianggap permata luar biasa. Gabungan intipati bunga-bunga halus seperti Iris Pallida membangkitkan mood sensual bersinar disebalik konsentrasi aroma Chanel yang mewah. Inilah barisan istimewanya:

COCO MADEMOISELLE EAU DE PARFUM

Lambang kepada seorang wanita berani dan bebas. Haruman ini menyaksikan pertembungan buah sitrus segar bersama kegharaihan aroma patchouli. Diperkemas pula bersama pati oren yang diserikan pula bunga melati dan mawar. Aksen patchouli dan vetiver menekankan komposisi olfaktori utama yang juga dijadikan aroma signature.

 L’EAU DE PARFUM INTENSE

Aromanya bakal buat manusia tergoda! Aura sensual setiap siang dan malam buatkan anda menjadi dambaan. Gabungan aksen bunga mawar dan melati diserlahkan pula dengan nota hangat Patchouli Indonesia. Lebih intensif aroma Sicilian Orange dan Calabrian Bergamot, malah pati Patchouli ini melalui proses yang mendalam apabila digabungkan bersama tonka bean dan Vanila dari Madagascar. Barulah harumannya lebih membangkitkan mood.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse