Related Stories
GLAM Kongsi 5 Skrub Yang Melicinkan Dan Melembutkan Bibir
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioSelain penggunaan balsem bibir, skrub juga menjadi item cantik yang mampu mengatasi masalah bibir kering dan kusam. GLAM Cantik kongsikan lima skrub bibir terbaik yang boleh anda terokai!
Ramai wanita yang menggemarkan alat solek gincu kerana ia seperti penambah seri muka dalam rutin bersolek. Namun, penggunaan gincu yang kerap mampu menggelapkan bibir lantas menjadi kusam. Oleh yang demikian, penggunaan produk kecantikan seperti skrub, ternyata mampu mengatasi buat mereka yang mengalami masalah bibir kering.
Lima Skrub Bibir Terbaik Pilihan GLAM Cantik
1. Dior Lip Sugar Scrub

Foto: Sephora
Skrub bibir daripada jenama Dior ini adalah penggunaan balsem sutera yang disemat dengan gula ultra halus, nyata mampu melembapkan bibir dengan hanya satu sapuan. Di samping formulanya yang cukup bagus untuk menghidratkan tekstur bibir, pembungkusan Dior Lip Sugar Scrub ini yang dihadirkan dalam bentuk batang, menjadikan ia skrub bibir yang mudah untuk digunakan dan cukup praktikal.
2. Burt’s Bee Conditioning Lip Scrub

Foto: Sephora
Diperbuat daripada 100% bahan natural, Burt’s Bee Conditioning Lip Scrub merupakan skrub bibir perapi dengan meninggalkan kesan yang cantik dan berseri. Buat mereka yang menghadapi masalah seperti bibir menggelupas, produk kecantikan ini mampu exfoliates secara lembut dengan Honey Crystals tanpa merosakkan tekstur bibir.
3. Fenty Beauty Pro Kiss’R Lip-Loving Scrubstick

Foto: Sephora
Rihanna menghadirkan produk Fenty Beauty Pro Kiss’R Lip-Loving Scrubstick sebagai suatu produk penjagaan bibir yang boleh digunakan di mana-mana sahaja! Cukup praktikal namun bukan itu sahaja, skrub bibir ini juga melembapkan tanpa meninggalkan rasa melekit kerana padat dengan intipati biji aprikot yang berfungsi untuk menyuburkan bibir yang lebih sihat.
4. Fresh Sugar Lip Polish

Foto: Sephora
Merawat dan melembapkan, Fresh Sugar Lip Polish adalah jawapannya! Ia diperbuat daripada bahan-bahan termasuk kristal gula perang asli, humektan semula jadi dan kemudian, menyelimuti bibir pula dengan mentega shea dan minyak jojoba yang berkhasiat. Lantas, kesannya menawarkan rupa bibir yang licin bak sutera dan cukup sesuai digunakan sebagai langkah awal dalam rutin cantik sebelum mengunakan produk bibir yang lain.
5. Estée Lauder Pure Color Envy Smoothing Sugar Scrub

Foto: Sephora
Produk kecantikan Estée Lauder Pure Color Envy Smoothing Sugar Scrub merupakan lip exfoliator yang mampu menyental serpihan kasar pada tekstur bibir yang kering atau tidak sekata. Ketepatan hablur gula lembut dalam produk ini berfungsi untuk menghasilkan rupa bibir yang lebih licin serta lembut. Sesuai digunakan ketika bare lips, ia akan mendatangkan kesan yang lebih optimum.
Artikel berkaitan: Skrub Lemonade Segarkan Kulit Wajah
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
