Haruman Kuasa Pemikat

oleh: Suzie Adnan
 

ING_40696_00412

Gambar: ING image


 
Dahulu, wanita setia pada satu-satunya haruman sahja sehingga ianya menjadi haruman signature yang cukup personal. Ingatkah lagi pada pewangi klasik yang berjaya kekal meskipun ditelan masa? Chanel No.5, Opium daripada Yves Saint Laurent, Joy daripada Patou, L’ Air du Temps daripada Nina Ricci dan banyak lagi. Namun dengan adanya kepelbagaian jenama pewangi di luar sana, hari ini ramai yang mengumpul botol haruman dan menjadikannya perhiasan rak meja solek, Sesungguhnya pilihan adalah subjektif, tepuk dada tanya selera!

“Just like men, perfume is never perfect right away. You have to let it seduce you.”

 

Mengungkap kata-kata Jean Patou, sedarkah anda yang  haruman yang dikira memikat deria tidak semestinya wangi apabila disembur pada diri sendiri? Haruman yang dipakai pada kulit kering akan mengeluarkan bau yang berbeza dengan seseorang yang memiliki kulit lembap. Mungkin anda penggemar haruman yang spicy dan musky namun tahukah anda dengan cuaca negara kita yang panas sepanjang tahun ini akan membuatkan pewangi yang dipakai betambah kuat baunya sehingga menusuk hidung?

 

Secara mudahnya, eau de toilette mampu bertahan selama dua jam, lebih bagus disembur waktu panas. Hasilnya adalah menyenangkan, menggoda, seksi tetapi tidak overpowering. Pilih haruman yang menyegarkan dengan inti buah-buahan seperti sitrus dan lemon. Jika anda berpergian di tanah asing yang dingin cuacanya, pilih L’eau de parfum yang memiliki aroma alam seperti lavender, sage atau ros. Kalau musim beralih sejuk, maka carilah haruman dengan nota yang lebih keras seperti  sandalwood dan musk. Ia mampu bertahan lebih kurang empat jam sebelum semburan yang seterusnya. Jika anda jenis yang suka melabur pada haruman ekstrak mahal yang tinggi konsentrasinya, maka haruman akan melekat pada tubuh anda selama enam jam atau lebih!

 

Dalam tradisi masyarakat Perancis sejak dahulu kala, pewangi itu sama pentingya seperti wain dan keju. Pewangi itu memberi keyakinan pada si pemakai dan mampu menarik perhatian sekaligus memikat si dia. Walau bergaya macam mana sekalipun, penampilan tidak sempurna tanpa pewangi sebagai pelengkap. Coco Chanel sendiri pernah berkata, wanita yang tidak memakai haruman adalah wanita yang tiada masa depan!

 

POST A COMMENT