Related Stories
Hindari Kulit Kusam, Ini Gincu Pilihan Wanita Glam
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioPilihan rona gincu mainkan peranan penting dalam menyerlahkan kulit wajah anda. Percayalah gincu juga dapat hindari masalah kulit kusam.

Kulit kusam terjadi akibat tidak mengamalkan penjagaan kulit wajah yang rapi dan juga gaya hidup tidak seimbang. Selain penjagaan yang rapi, GLAM menyarankan anda mencuba alternatif lain. Dengan memilih gincu mengikut kesesuaian kulit wajah. Baru-baru ini Make Up For Ever memperkenalkan barisan gincu Rouge Artist Velvet Nude yang hadir dengan seleksi 7 warna nudes pelbagai variasi. Dan juga kaya dengan tekstur matte serba selesa dicalit pada bibir.

Mungkin inilah waktu sesuai untuk anda kembali memilih gincu bertekstur matte kerana semenjak kes Covid sudah semakin naik, Rouge Artist Velvet Nude ini pasti tidak meninggalkan kesan pada pelitup wajah! Mengapa gincu ini merupakan pilihan GLAM? Kerana teksturnya yang mudah melekap pada bibir dengan lembut dan kemasannya cukup mengagumkan dengan ketahanan selama 16 jam.
Rouge Artist Velvet Nude yang hadir dengan seleksi 7 warna nude

Selain itu, pemilihan formulanya juga adalah unik kerana turut ada elemen penjagaan kulit bibir seperti Asid Hialuronik. Kegunaanya untuk mengekalkan kelembapan bibir dan menyerlahkan efek bibir tebal. Antara pilihan warna yang bakal buat anda tidak keruan seperti Soft Blush, Warm Mocha, Tender Nude, Cosy Taupe, Comfort Brown, Fluffy Rosewood dan Cheerful Goji. Setiap satu gincu bernilai RM118 dan boleh dapatkan di Sephora Malaysia, butik utama di Pavilion Kuala Lumpur dan laman Lazada & Zalora Official Store.
Artikel berkaitan Mengubah Arus Trend Mengangkat Khir Khalid Sebagai Jurusolek A-List
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
