5 Kisah Intipati Pelik Yang Digunakan Dalam Produk Kecantikan Kini

02J68790

Gambar: INGimage


 
Pernah terlintas di fikiran anda untuk menggunakan lendir siput pada wajah anda? GLAM senaraikan lima intipati pelik yang digunakan dalam produk kecantikan kini.
 
Susu Keldai

Mengikut kisah lagenda, Cleopatra dikatakan sering berendam dalam susu keldai untuk mendapatkan kulit yang lebih halus. Mengikut kajian yang dilakukan pada tahun 2013, susu keldai dikatakan memiliki komposisi yang sama dengan susu manusia. Kini, susu keldai digunakan sebagai krim wajah yang mengandungi antioksidan, anti bakteria serta meredakan iritasi pada kulit.
 
Pupur Racun Ular

Antara bahan paling pelik yang digunakan dalam produk kecantikan. Penggunaan racun ular sebagai bahan utama dalam produk kecantikan merupakan trend kecantikan paling ekstrem di Korea. Asid Amino yang terdapat dalam racun ular dikatakan dapat menghalang pergerakan sarag otot wajah bagi mengurangi kedutan pada wajah. Minyak racun ular disebut sebagai otok organik.
 
Saffron

Rempah termahal dunia ini bukan sahaja mampu untuk melazatkan masakan anda bahkan ia juga antara bahan utama yang digunakan dalam produk kecantikan. Ia digunakan sebagai salah satu kandungan serum antioksidan bersama dengan Asid Amino dan collagen untuk menjadikan kulit wajah lebih segar dan bercahaya.
 
 Krim Anti Penuaan Siput Babi (Snail Essence)

Krim anti penuaan yang berasaskan dari siput babi atau snail essence ini merupakan produk kecantikan yang menjadi rebutan masa kini. Salah satu sebab kenapa produk berasaskan haiwan ini sangat terkenal adalah kerana kandungan lendir yang terdapat pada siput dikatakan dapat memberikan nutrisi dan mencegah penuaan pada kulit agar kulit kelihatan muda dan berseri.
 
Krim Wajah Tapak Sulaiman

Tapak sulaiman dikatakan dapat memperkuatkan sel-sel kulit wajah serta melembutkan kulit wajah agar sentiasa kelihatan segar dan berseri.

POST A COMMENT