fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Siapakah Wanita Paling Cantik Di Dunia?
Patutkah Anda Tidur Dengan Rambut Basah?
5 Produk Kecantikan Terkini Wajib Beli Ogos Ini
7 Tips Mendapatkan Bentuk Badan Idaman Tanpa Perlu Berlapar
Apa Manfaat Pupur Arang Untuk Kulit Wajah?

Kecantikan Anna Jobling Diiktiraf Dunia

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Aktres dan model berusia 22 tahun itu mengakui berasa teruja apabila diiktiraf di peringkat dunia dan menganggapnya sebagai satu perkara menakjubkan.

“Saya amat gembira dan bersyukur apabila dicalonkan dalam kategori ini. Memang saya terkejut dan tidak menyangka apabila diiktiraf sebagai salah seorang daripada 100 calon berwajah jelita bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Terima kasih sangat-sangat,” ujarnya.

Apabila diminta mengulas mengenai erti sebenar kecantikan, Anna menegaskan bahawa kecantikan dalaman tentunya jauh lebih penting berbanding luaran.

“Mungkin ramai mengatakan kecantikan itu berdasarkan luaran namun hakikatnya ia sangat subjektif. Walaupun kedengaran klise tetapi bagi saya kecantikan itu datang dari dalaman seseorang. Jika bersikap terpuji dan memiliki karakter yang baik, secara automatik seseorang itu akan kelihatan cantik secara luaran dan dalaman,” tambahnya.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse